Rumah Api Harbour Town di belakang astaka besar pada RBC Heritage

RBC Heritage

RBC Heritage merupakan sebahagian daripada siri Acara Istimewa dalam PGA Tour® yang menampilkan pemain terkemuka menyahut cabaran satu daripada padang yang paling sulit dari segi teknikal dalam dunia golf.

Penaja Rasmi PGA Tour® sejak 2007
Pemain golf mencangkung untuk merancang pukulan leret di atas rumput

Ketepatan mengatasi kuasa

RBC Heritage ialah sebahagian daripada rangkaian kejohanan elit yang disokong oleh Rolex selaku Penaja Rasmi PGA Tour®, iaitu litar golf profesional lelaki yang paling kompetitif.

Kejohanan ini diadakan di Harbour Town Golf Links di Pulau Hilton Head, Carolina Selatan. Lintasan yang sempit, bunker yang rumit, pokok-pokok yang bercabang dan rumput hijau kecil menuntut tumpuan dari segi ketepatan, kesabaran dan strategi pukulan berbanding dengan kuasa semata-mata.

Perlawanan di Harbour Town Golf Links sejak sekian lama

Diwujudkan pada tahun 1969, RBC Heritage telah dipentaskan sekian lama di arena Harbour Town, yang direka bentuk oleh arkitek padang golf terkenal, Pete Dye, dengan kerjasama Testimoni Rolex, Jack Nicklaus. Padang golf ini semakin dikenali kerana susun atur strategik dan identiti visual, termasuk lubang ke-18 yang terkenal dengan rumah api berjalur merah putih di bandar itu yang berdiri gah umpama pengawal di sebalik rumput yang menghijau.

Bendera RBC Heritage berwarna kuning di rumput padang golf tepi pantai
Paya pesisir dan rintangan air di sepanjang rumput lubang ke-17

Dimainkan setiap tahun pada minggu sejurus selepas Kejohanan Masters, acara ini memiliki keunikan tersendiri dalam kalendar jelajah tersebut.

Saban tahun, acara ini telah menyaksikan persembahan luar biasa daripada ramai pemain golf terkemuka serta diiktiraf kerana konsistensi dan permainan taktikal yang memuaskan. Kejohanan ini menggabungkan tradisi lama dengan tahap persaingan yang tinggi yang membentuk Acara Istimewa jelajah berkenaan.

Rolex dan golf

Sebuah lapangan bersama. Misi untuk bersama-sama memburu ketepatan.

Temui lebih lanjut