Jemputan Genesis menghimpunkan ramai pemain handalan PGA Tour® di Los Angeles, sekali gus meneruskan tradisi kejohanan yang berkait rapat dengan Riviera Country Club yang legenda.
Rolex tampil pada Jemputan Genesis untuk menunaikan peranan sebagai Penaja Rasmi PGA Tour®. Menerusi pelbagai kerjasama selama hampir 60 tahun, jenama ini menyokong beberapa acara golf paling berprestij di seluruh dunia, termasuk kejohanan ini, iaitu satu daripada Acara Istimewa utama dalam jelajah berkenaan.
Diasaskan pada tahun 1926 sebagai Terbuka Los Angeles, kejohanan ini telah dimainkan di beberapa tempat sepanjang sejarah. Namun begitu, sejak tahun 1973, kejohanan ini telah dipentaskan secara hampir berterusan di Riviera Country Club di Pacific Palisades, satu daripada padang golf terkemuka dunia.
Terkenal dengan lintasan yang sempit, bunker yang strategik dan padang rumput yang mencabar, Riviera memberikan ganjaran kepada ketepatan, kreativiti dan kawalan pukulan sepanjang empat pusingan pertandingan. Arena ini telah mengundang ramai generasi pemain terkemuka dan kekal sebagai antara tempat paling bersejarah dalam jelajah tersebut.
Sejak 2019, kejohanan tahunan ini telah dianjurkan oleh Testimoni Rolex, Tiger Woods, melalui yayasannya.