Acara yang amat eksklusif
Rolex menyokong Kejohanan PGA sebagai Rakan Kongsi Rasmi dan Penjaga Masa Rasmi.
Hanya 156 pemain layak bersaing setiap tahun, menjadikan kejohanan ini antara acara yang paling eksklusif dalam senarai kejohanan utama.
Masa pada Kejohanan PGA
Kejohanan PGA ialah satu-satunya kejohanan utama yang dikhaskan secara eksklusif untuk pemain profesional, yang pemain golf terkemuka dunia berusaha untuk menyertai senarai nama legenda yang terukir pada Piala Wanamaker.
Rakan Kongsi Rasmi dan Penjaga Masa Rasmi sejak 2021
Rolex menyokong Kejohanan PGA sebagai Rakan Kongsi Rasmi dan Penjaga Masa Rasmi.
Hanya 156 pemain layak bersaing setiap tahun, menjadikan kejohanan ini antara acara yang paling eksklusif dalam senarai kejohanan utama.
Kejohanan PGA diasaskan pada tahun 1916 oleh ahli perniagaan Rodman Wanamaker, yang mengadakan pertemuan dengan pemain golf terkemuka, termasuk Walter Hagen dan Francis Ouimet, untuk menubuhkan Persatuan Pemain Golf Profesional (PGA - Professional Golfers’ Association) Amerika Syarikat. Matlamatnya adalah untuk mengangkat taraf pemain golf profesional daripada sekadar pekerja upahan kepada pemain yang dihormati. Trofi Wanamaker, setinggi 71 cm (28 inci) dan seberat 12 kg (27 paun), merupakan satu daripada trofi yang paling unik dalam dunia sukan.
Kemenangan ini amat bermakna buat saya. Sungguh istimewa. Satu kejohanan yang penting. Sekian lama, saya mahu memenangi kejohanan ini.
Oyster, 40 mm, emas Everose
Di atas padang