Selama lebih dua dekad, Serpentine telah menganjurkan antara projek seni yang paling dinanti-nantikan dalam kalendar budaya global.
Pada tahun 2026, Rolex menjadi Jam Tangan Rasmi Astaka Serpentine, sekali gus mengukuhkan komitmen terhadap seni dan seni bina sejak sekian lama.
Pada setiap musim panas, Serpentine menjemput seorang arkitek terkemuka dunia atau yang sedang meningkat naik untuk menghasilkan binaan pertama mereka di England. Inisiatif Pavilion telah menjadi platform antarabangsa bagi eksperimen dalam bidang seni bina yang menampilkan projek ciptaan beberapa arkitek terhebat di dunia.
Astaka ini diilhamkan sebagai satu cara mempersembahkan karya seni bina oleh arkitek ternama atau arkitek baharu yang belum pernah berkarya di United Kingdom. Selama bertahun-tahun, acara ini telah menjadi program seni bina pertama dan paling bercita-cita tinggi di dunia seumpamanya. Astaka ini menembusi sempadan amalan seni bina kontemporari dan telah menjadi tapak untuk eksperimen yang membolehkan penerokaan teknik pembinaan, bahan dan konsep ruangan baharu.
Sejak dimulakan, Astaka Serpentine telah direka bentuk oleh beberapa arkitek paling berpengaruh pada zaman ini, termasuk Zaha Hadid, Oscar Niemeyer, Daniel Libeskind dan Frank Gehry, serta bekas mentor Rolex iaitu Álvaro Siza, Olafur Eliasson, Kazuyo Sejima dan Peter Zumthor. Pada tahun 2023, Pavilion ini direka bentuk oleh Testimoni Rolex, Lina Ghotmeh, yang karyanya diiktiraf kerana kepekaannya terhadap sejarah, bahan dan tempat. Struktur binannya, À table menjemput orang ramai untuk berkumpul di sekeliling meja, memupuk dialog tentang hubungan kita dengan alam semula jadi dan antara satu sama lain.
Setiap Astaka dibuka kepada orang ramai selama lima bulan sepanjang musim panas dan mencerminkan visi pereka bentuk yang menjiwai landskap bersejarah Taman Kensington dan Serpentine.
Astaka ini juga menjadi tempat untuk program ceramah, persembahan dan pertukaran antara disiplin, yang meluaskan impak melangkaui seni bina semata-mata.
Menguasai bahan untuk membina masa hadapan. Membentuk ruang untuk mengilhamkan hubungan.
Temui lebih lanjut