Para pengunjung berjalan di sepanjang laluan berkerikil di hadapan Pavilion Pusat yang berwarna putih pada Venice Biennale of Architecture

Pameran Seni Bina Antarabangsa – La Biennale di Venezia

Biennale Architettura yang diadakan setiap dua tahun di Venice merupakan forum terkemuka dunia untuk pertukaran idea dan wacana seni bina.

Rakan Kongsi Eksklusif dan Jam Tangan Rasmi sejak 2014
Para pengunjung di sebuah lorong yang diteduhi pepohon di Giardini bersebelahan sebuah jam Rolex di Venice Biennale

Mentakrifkan semula alam bina

Rolex menjunjung pencapaian seni bina tahap tertinggi serta mengiktiraf kemampuan seni bina untuk menyelesaikan cabaran yang dihadapi oleh manusia dan alam sekitar. Sehubungan dengan itu, Rolex menyokong Biennale Architettura sebagai Rakan Kongsi Eksklusif dan Jam Tangan Rasmi sejak 2014.

Pameran ini mengetengahkan arkitek perintis yang sentiasa membentuk semula konsep ruang, mengatasi cabaran menerusi kreativiti dan inovasi teknikal serta meraih penghormatan daripada rakan seangkatan.

Pavilion Rolex

Penyertaan Rolex dalam acara ini dapat dilihat menerusi Pavilion Rolex di Giardini yang mempamerkan sumbangan Rolex terhadap wacana seni bina global. Struktur tersebut mencerminkan nilai reka bentuk Rolex serta falsafah kemampanan yang diterapkan oleh jenama ini. Pameran di pavilion ini menampilkan pendekatan inovatif Rolex terhadap seni bina dan reka bentuk dalaman bangunan serta butik miliknya, di samping usaha menyampaikan ilmu kepada generasi arkitek seterusnya. Pengunjung diajak untuk memahami cara Rolex menerapkan reka bentuk bangunan untuk mencerminkan kecemerlangan dan ketukangan yang ditekankan pada jam tangan Rolex.

Pavilion Rolex di Giardini
Perincian Pavilion Rolex pada Pameran Seni Bina Antarabangsa la Biennale di Venezia ke-19

Pavilion Rolex yang pertama dibina pada 2014 bagi menandakan bermulanya kerjasama dengan Biennale Architettura dan menyerlahkan komitmen Rolex terhadap bidang seni bina. Pada 2018, Pavilion Rolex yang baharu menampilkan hubungan kreatif antara seni bina dengan reka bentuk jam tangan Rolex yang ikonik. Diilhamkan oleh bezel berjejalur unik pada Oyster Perpetual Day-Date yang ikonik, dinding Pavilion ini dibentuk daripada lipatan bersudut menggunakan gangsa, logam teranod dan kaca.

Pada 2025, Pavilion Rolex tampil dengan wajah baharu. Rolex mengundang arkitek antarabangsa berbakat, Mariam Issoufou, untuk mereka bentuk ruang yang mencerminkan identiti Rolex serta komitmen jangka panjang terhadap kemampanan melalui penghasilan jam tangan yang tahan lama.

Rolex dan seni bina

Menguasai bahan untuk membina masa hadapan. Membentuk ruang untuk mengilhamkan hubungan.

Temui lebih lanjut