Program pendidikan untuk arkitek yang meningkat naik dan pakar alam bina, Institut Masa Depan Afrika (AFI), merupakan wadah inovatif pan-Afrika yang memberikan nafas baharu kepada pendidikan, budaya dan amalan berasaskan perspektif Afrika.
Rolex telah menyokong program pendidikan utama Institut Masa Depan Afrika, iaitu Studio Afrika Nomad sejak ditubuhkan pada 2025. Studio ini terdiri daripada siri studio tahunan yang dibiayai sepenuhnya untuk arkitek yang meningkat naik dan pakar alam bina di seluruh benua Afrika. Setiap edisi mengangkat tema berbeza dan dilaksanakan di bandar yang berlainan. Program ini menghimpunkan hingga 30 peserta dari pelbagai negara yang menumpukan kepelbagaian latar geografi dan mengutamakan peserta dari Afrika dan berketurunan Afrika, biasanya berumur bawah 35 tahun. Pengajaran dilaksanakan menerusi studio reka bentuk, seminar, syarahan, bengkel dan perbincangan awam yang dikendalikan oleh pemikir, pengamal serta penggiat seni terkemuka dari Afrika dan seluruh dunia
Dengan sokongan Rolex melalui Inisiatif Keabadian Seni, Institut Masa Depan Afrika mencerminkan komitmen Rolex untuk memupuk budaya, pendidikan dan perkongsian ilmu bagi generasi akan datang.
Institut Masa Depan Afrika ditubuhkan pada 2021 di Accra, Ghana oleh arkitek dan pendidik berketurunan Ghana-Scotland, Lesley Lokko, penerima Pingat Emas Diraja RIBA 2024 untuk Seni Bina serta Kurator Pameran Seni Bina Antarabangsa 2023 – La Biennale di Venezia.
Lokko menubuhkan AFI sebagai model baharu pendidikan seni bina yang berteraskan tiga bidang utama iaitu pengajaran, penyelidikan dan acara awam. Sejak 2021, program AFI telah berkembang ke seluruh Afrika dan peringkat antarabangsa dengan memperluas bidang tumpuan kepada amalan kuratorial, penerbitan dan pameran bagi membangunkan pendekatan alam bina yang tersendiri.
Menguasai bahan untuk membina masa hadapan. Membentuk ruang untuk mengilhamkan hubungan.
Temui lebih lanjut