Sehubungan dengan itu, menjelang tahun 1951, apabila peraturan yang mengawal selia penetapan 'kronometer' menghendaki pensijilan mandatori oleh pusat penilaian rasmi (seperti yang terdapat di Neuchâtel, Geneva atau Bienne), jam tangan Rolex meliputi sebahagian besar kronometer yang telah diperakui secara rasmi sejak tahun 1927.
Selepas menguasai ketepatan, Hans Wilsdorf mengalihkan perhatian untuk mencipta persekitaran kedap udara yang sempurna untuk gerakan. “Pembantu teknikal yang saya kasihi, ungkapan yang sentiasa saya ucapkan sejak awal lagi ialah: ‘Kita mestilah berjaya membuat penutup jam tangan yang begitu ketat supaya gerakan kita akan dijamin secara kekal daripada kerosakan yang disebabkan oleh habuk, peluh, air, haba dan kedinginan. Kemudian, barulah ketepatan jam tangan Rolex yang sempurna akan terjamin’,” jelasnya.