Dengan memakai jam tangan Rolex, dalam tempoh tiga bulan dari November 2005 hingga Februari 2006, pengembara Norway itu telah menamatkan ‘The Longest March’, satu perjalanan ski solo sejauh 4,800 kilometer (3,000 batu) merentasi Kutub Selatan. Beliau kini memegang rekod untuk perjalanan ski terpanjang tanpa bekalan semula dan perjalanan ski terpanjang sepanjang zaman.
Mengulas jam tangan Explorer II miliknya, beliau berkata: “Rolex saya ialah ‘rakan karib’ saya dalam ekspedisi. Adalah penting untuk mempunyai jam tangan mekanikal yang tepat lagi teguh. Saya memang mempercayai Rolex saya dan ia membuatkan saya berasa selamat kerana boleh diharapkan dalam keadaan yang getir.”