Pandangan udara katamaran kerajang F50 berprestasi tinggi sedang berlumba merentasi lautan lepas semasa regata SailGP

Sail Grand Prix Perth

Sail Grand Prix Perth membuka tirai bagi musim Rolex SailGP Championship 2026, membawakan perlumbaan global ini ke Australia Barat. Armada kapal layar terpantas akan diuji dengan keadaan paling mencabar dalam jadual pertandingan tersebut.

Rakan Kongsi Pengasas sejak 2019 dan Rakan Kongsi Perdana
Pasukan Australian SailGP di atas katamaran F50 mereka pada Sail Grand Prix Perth

Pentas yang sempurna untuk SailGP

Sebagai Rakan Kongsi Pengasas SailGP sejak 2019 dan Rakan Kongsi Perdana Rolex SailGP Championship, Rolex telah memainkan peranan penting untuk membentuk liga pelayaran terpantas di dunia ini menjadi antara pertandingan sukan kompetitif global yang paling inovatif.

Terletak di salah sebuah bandar pelabuhan utama Australia, pelabuhan bersejarah dan sisiran tepian air Fremantle menjadi pentas yang sempurna untuk SailGP. Laluan di Pantai Bathers menawarkan pemandangan tanpa halangan kepada penonton di astaka utama, tatkala katamaran kerajang F50 (50 kaki) berdepan dengan Fremantle Doctor, angin laut petang yang kuat bertiup dari arah lautan lalu mencetuskan ombak tinggi di sepanjang laluan perlumbaan tersebut.

Laluan perairan terbuka yang mencabar

Laluan perairan terbuka ini menuntut ketepatan, keupayaan menjangka situasi serta pengendalian bot dengan cekap. Apabila angin semakin kencang, kru perlu terus menyesuaikan taktik untuk mengimbangi kekuatan luar biasa bot tersebut dengan cabaran lautan yang dahsyat.

Tiga katamaran kerajang F50 yang mewakili Jerman, Perancis dan Brazil berlumba bersebelahan pada Sail Grand Prix Perth
Pasukan Germany SailGP mendahului armada katamaran F50 pada Perlumbaan Hari 1 Sail Grand Prix Perth

Semasa penampilan sulung pada 2026, Sail Grand Prix Perth terbukti sangat popular dengan kehadiran penuh penonton untuk menyaksikan penamat yang mendebarkan dalam perlumbaan akhir.

Rolex dan lumba layar

Belayar ke arah ufuk yang sama. Prestasi menjadi penentu.

Temui lebih lanjut