Masa pada Perlumbaan Kapal Layar Sydney Hobart Rolex
Perlumbaan Kapal Layar Sydney Hobart Rolex merupakan antara pertandingan luar pesisir yang paling terkenal di dunia dengan pelayaran hebat dari Pelabuhan Sydney ke ibu negeri Tasmania.
Penaja Perdana sejak 2002
Dari pelabuhan ke laut lepas
Perlumbaan Kapal Layar Sydney Hobart Rolex dianjurkan oleh Kelab Pelayaran Kapal Layar Australia (CYCA) dengan kerjasama Kelab Kapal Layar Diraja Tasmania. Rolex merupakan Penaja Perdana sejak 2002.
Acara ini mempunyai kedudukan istimewa dalam sejarah pelayaran. Pada pukul 1 tengah hari, 26 Disember, pada musim panas hemisfera selatan, pistol pemula dilepaskan sebelum armada kapal layar itu memulakan perjalanan yang epik di antara ibu kota negeri New South Wales dengan Tasmania, Australia. Perlumbaan sejauh 628 batu nautika (1,163 km) memberikan cabaran besar kepada kapal layar besar dan kecil kerana perlu mengharungi perlumbaan yang panjang lagi sukar dengan arus yang deras dan angin yang kencang.
Mengharungi perairan selatan yang bergelora
Diadakan setiap tahun sejak 1945 dengan kerjasama Rolex sejak 2002, acara ini terkenal dengan perubahan cuaca yang mendadak, kerumitan taktikal serta keindahan semula jadi yang memukau. Perlumbaan ini menjadi mercu tanda perlumbaan lautan.
Perlumbaan Kapal Layar Sydney Hobart yang pertama pada asalnya diilhamkan oleh ahli CYCA sebagai pelayaran santai selepas Perang Dunia Kedua. Atas cadangan pegawai Tentera Laut Diraja British yang sedang berkunjung, Kapten John Illingworth, acara ini menjadi satu pertandingan sejak awal lagi sehingga menarik perhatian dunia kerana laluan yang mencabar merentasi perairan yang sering bergelora.