Piala Swan Rolex menghimpunkan armada kapal layar binaan Nautor Swan dalam lumba layar di perairan timur laut Sardinia.
Rolex telah bekerjasama dengan Piala Swan Rolex yang dianjurkan oleh Kelab Kapal Layar Costa Smeralda (YCCS) sejak tahun 1984. Rolex merupakan Penaja Perdana bagi acara pelayaran yang hebat ini serta rakan kongsi lama bagi YCCS dan limbungan kapal Finland, iaitu Nautor Swan.
Acara ini menggabungkan keterujaan di atas air dengan kemeriahan di darat dan diadakan dua tahun sekali pada bulan September di Porto Cervo, Sardinia utara. Monohull yang bersaing terkenal dengan kepantasan dan reka bentuk yang elegan.
Diasaskan pada tahun 1980 sebagai Piala Swan, iaitu regata khusus untuk pemilik kapal layar berprestasi tinggi, acara ini menghimpunkan armada kapal yang berkongsi falsafah reka bentuk yang sama berteraskan kejuruteraan berketepatan tinggi dan keupayaan belayar di laut serta berlumba. Terdapat pembahagian kelas bagi memastikan keseimbangan persaingan merentas pelbagai generasi dan saiz kapal layar.
Perlumbaan yang berlangsung di perairan yang memukau di Costa Smeralda dan Kepulauan La Maddalena, dengan keadaan angin yang berubah-ubah serta laluan navigasi yang rumit menuntut ketepatan daripada kru dan ahli taktik.