Kapal layar monohull pada Siri Super 52

Siri Super 52

Siri Super 52 merupakan pertandingan utama bagi perlumbaan kapal layar monohull bertaraf grand prix yang menghimpunkan pemilik yang turut mengemudi kapal, kru profesional serta pasukan taktikal terbaik untuk mengharungi satu musim persaingan yang sengit.

Jam tangan Rasmi
Kru kapal belayar dengan monohull

Perlumbaan kapal layar monohull peringkat grand prix yang paling kompetitif di dunia

Rolex merupakan Jam Tangan Rasmi Siri Super 52 serta Penaja Kejohanan Dunia TP52 Rolex, selaras dengan hubungan jangka panjang Rolex dengan sukan pelayaran yang telah terjalin sejak hampir 70 tahun. Perkongsian ini mencerminkan komitmen bersama terhadap ketepatan, prestasi tinggi dan usaha berterusan untuk mencapai kecemerlangan. Ciri-ciri ini terserlah dalam setiap permulaan perlumbaan, pusingan di penanda dan keputusan taktikal.

TP52 ialah kapal layar lumba sepanjang 16 meter (52 kaki) yang diperbuat sepenuhnya daripada gentian karbon. Kapal layar ini antara yang paling canggih dari segi teknikal dan paling mencabar dari segi fizikal yang pernah dibina. Kelas ini memerlukan 11 orang kru untuk mengendalikan kapal pada pada tahap prestasi tertinggi. Bot ini dibina dan dikendalikan berdasarkan satu set peraturan yang dikenali sebagai peraturan kotak yang menetapkan dimensi tertentu agar seragam bagi semua bot tetapi masih memberikan kebebasan reka bentuk tertentu selagi mematuhi had yang ditetapkan. Peraturan ini memastikan keputusan perlumbaan ditentukan oleh kemahiran pelayar dan bukan bajet mereka. Hal ini mewujudkan tahap persaingan yang tiada tandingan dalam perlumbaan kapal layar monohull grand prix.

Siri perlumbaan yang bermula di Barcelona

Siri Super 52 diasaskan di Barcelona pada bulan Mei 2012 dengan penyertaan lima buah bot. Sejak itu, siri ini telah berkembang menjadi siri pertandingan global yang menarik penyertaan pasukan dari seluruh Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan, dan Asia Pasifik. Senarai pemenang siri ini merangkumi Quantum Racing, Azzurra, Sled, Platoon Aviation dan Gladiator, manakala Testimoni Rolex Robert Scheidt dan Tom Slingsby turut tersenarai dalam kalangan atlet ternama yang pernah menyertai pertandingan tersebut.

Perlumbaan kapal layar monohull
Kapal layar monohull dilihat berlumba dari arah belakang

Setiap musim biasanya merangkumi lima acara yang diadakan di pelbagai lokasi merentasi Mediterranean, Atlantik dan kawasan lain. Kedudukan keseluruhan ditentukan oleh mata terkumpul dalam semua acara tersebut. Gelaran musim merupakan hadiah yang paling diidamkan dalam perlumbaan kapal layar monohull grand prix

Rolex dan lumba layar

Belayar ke arah ufuk yang sama. Prestasi menjadi penentu.

Temui lebih lanjut