Pandangan Forest Sports City Arena Qizhong di Shanghai dari udara, yang menyerlahkan bumbung boleh kuncup unik berbentuk kelopak bunga yang terbuka dan menampakkan gelanggang tenis

Masters Shanghai Rolex

Sebagai acara ATP Masters 1000 kedua terakhir musim, Masters Shanghai Rolex menarik pemain lelaki terkemuka ke sebuah daripada bandar paling ramai penduduk di China pada bulan Oktober setiap tahun.

Penaja Perdana sejak 2009
Pandangan stadium yang luas bagi perlawanan tenis semasa kejohanan Masters Shanghai

Persinggahan penting dalam Jelajah ATP

Rolex telah menjadi Penaja Perdana Masters Shanghai Rolex sejak tahun 2009.

Kejohanan ini merupakan satu-satunya acara ATP Masters 1000 yang diadakan di Asia, lantas menjadi peristiwa yang unik dan penting dalam kalendar tenis. Dimainkan di gelanggang keras luar rentak pantas di Forest Sports City Arena Qizhong sejak 2009, kejohanan ini telah menjadi antara acara terpenting sedunia dalam Jelajah ATP.

Arena moden untuk pertandingan bertaraf dunia

Masters Shanghai Rolex merupakan satu daripada sembilan acara ATP Masters 1000 dalam jelajah lelaki. Bersama-sama dengan Pertandingan Akhir ATP Nitto, kejohanan peringkat ini berada di bawah empat acara Grand Slam® dari segi prestij dan mata ranking.

Kejohanan ini memberikan kelainan dengan suasana di Forest Sports City Arena Qizhong. Gelanggang utama dengan kapasiti tempat duduk seramai 15,000 orang mempunyai bumbung boleh kuncup, diinspirasikan oleh bentuk bunga magnolia. Bumbung boleh kuncup juga telah dipasang di Stadium Gelanggang 2 bagi membolehkan permainan diadakan dalam pelbagai keadaan. Kejohanan ini menarik barisan pemain terbaik yang bertanding dalam aksi perseorangan dan beregu selama 12 hari.

Gambar jarak dekat permukaan gelanggang keras berwarna hijau yang dicat dengan perkataan Shanghai dalam bahasa Inggeris dan bahasa Cina
Carlos Alcaraz melompat semasa perlawanan waktu malam pada Masters Shanghai

Masters Shanghai Rolex telah memberikan sumbangan yang besar kepada pertumbuhan tenis di Asia, mengalu-alukan penonton antarabangsa dan menyokong pembangunan sukan ini pada peringkat serantau serta mengekalkan piawaian pertandingan ATP.

Acara ini sentiasa menarik minat pemain terbaik dalam sukan ini, dengan barisan juara termasuk Testimoni Rolex, Roger Federer dan Jannik Sinner. Dalam setiap lima edisi pertama, kejohanan ini telah diundi sebagai Kejohanan ATP Masters 1000 Tahunan Terbaik oleh para pemain, satu penghormatan yang mencerminkan kualiti acara dan semangat penontonnya.

Rolex dan tenis

Berbalas pukulan sambil mencari langkah yang sempurna.

Temui lebih lanjut