Syot luas gelanggang tenis Pertandingan Akhir ATP Next Gen di Jeddah, memaparkan dua pemain sedang beraksi dalam arena tertutup yang besar dengan pencahayaan dramatik, tempat duduk diterangi cahaya merah, serta skrin-skrin besar yang memaparkan "I AM NEXT"

Pertandingan Akhir ATP Next Gen

Sebagai acara kemuncak musim tenis lelaki generasi baharu, Pertandingan Akhir ATP Next Gen menampilkan lapan pemain elit dan menyediakan pentas utama untuk bakat baharu.

Penjaga Masa Rasmi sejak 2021
Syot aksi sudut rendah seorang pemain tenis melakukan servis di gelanggang semasa Pertandingan Akhir ATP Next Gen di Jeddah, berlatarkan tempat duduk stadium yang diterangi cahaya serta skrin digital bersaiz besar

Di sinilah bakal juara dilahirkan

Sebagai Penjaga Masa Rasmi kejohanan ini sejak 2021, Rolex terus membuktikan komitmen untuk menyokong masa depan tenis dunia.

Kejohanan Pertandingan Akhir ATP Next Gen yang diasaskan pada 2017 menggunakan kriteria dan format yang sama seperti Pertandingan Akhir ATP Nitto. Kejohanan ini menampilkan lapan pemain terbaik Jelajah ATP berusia 20 tahun ke bawah yang berentap di gelanggang keras tertutup dalam format round-robin sebelum meneruskan saingan ke separuh akhir dan akhir bagi merebut gelaran juara.

Lahirnya bintang baharu

Perlawanan menggunakan format pertama meraih empat mata dan pertama menang tiga daripada lima set. Struktur saingan yang pantas dan dinamik ini menonjolkan ketangkasan serta kemahiran daripada bakat muda tenis handalan.

Pertandingan Akhir ATP Next Gen terbukti sebagai medan yang melahirkan bintang tenis dunia pada masa hadapan. Empat Testimoni Rolex yang telah memenangi kejohanan ini ialah João Fonseca pada 2024, Carlos Alcaraz pada 2021, Jannik Sinner pada 2019 dan Stéfanos Tsitsipás pada 2018.

Carlos Alcaraz memegang trofi pemenang pada Pertandingan Akhir ATP Next Gen

Rolex dan tenis

Berbalas pukulan sambil mencari langkah yang sempurna.

Temui lebih lanjut