Carlos Alcaraz melompat semasa melakukan servis di gelanggang tenis pada Terbuka BNP Paribas

Terbuka BNP Paribas

Terbuka BNP Paribas ialah acara gabungan peringkat tertinggi ATP Masters 1000 dan WTA 1000. Sebagai satu daripada kejohanan tenis terbesar di dunia, acara ini diadakan di padang pasir California pada setiap bulan Mac.

Penjaga Masa Rasmi sejak 2013
Pandangan sudut tinggi perlawanan tenis di Taman Tenis Indian Wells semasa Terbuka BNP Paribas, dengan stadium yang dipenuhi penonton berlatarkan pergunungan di bawah langit biru yang cerah

Pembukaan mega musim bunga

Sebagai Penjaga Masa Rasmi Persatuan Pemain Tenis Profesional (ATP) dan Persatuan Tenis Wanita (WTA), Rolex menyokong Terbuka BNP Paribas sebagai sebahagian daripada komitmen global terhadap tenis profesional yang merangkumi pertandingan lelaki dan wanita yang paling berprestij.

Setiap tahun, kejohanan ini diadakan di Taman Tenis Indian Wells di California dengan kemudahan yang mengagumkan, latar padang pasir yang memukau dan barisan pemain bertaraf dunia. Dikelilingi pokok palma, pemandangan pergunungan dan cahaya Lembah Coachella yang unik, acara ini menawarkan suasana yang tiada tandingan dalam litar profesional.

Di bawah sinar mentari gurun

Bermula sejak 1974, acara Indian Wells telah berkembang menjadi tonggak penting dalam kalendar antarabangsa. Arena tuan rumah ini yang dibuka pada 2000 menempatkan stadium utama dengan 16,100 tempat duduk, iaitu stadium tenis luar kedua terbesar di dunia. Peluasan besar-besaran pada 2014 menambah Stadium 2 yang berkapasiti 8,000 tempat duduk, sekali gus mempertingkatkan kompleks yang sememangnya dianggap sebagai antara yang terbaik dalam sukan ini. Pelaburan berterusan dalam kemudahan, teknologi dan pengalaman peminat telah menjadikan Indian Wells sebagai penanda aras bagi penganjuran kejohanan moden.

Siluet pokok palma ketika langit senja berlatarkan pergunungan
Penonton memenuhi kerusi stadium yang diterangi lampu sorot berlatarkan langit senja berwarna merah jambu pada Terbuka BNP Paribas

Saban tahun, beberapa Testimoni Rolex telah mencipta sejarah dalam acara ini. Roger Federer memenangi rekod lima gelaran perseorangan lelaki, Carlos Alcaraz dan Taylor Fritz turut menjulang trofi tersebut sejak kebelakangan ini, manakala Iga Świątek merangkul kejuaraan sulung Indian Wells beliau pada 2022. Jannik Sinner pula memenangi gelaran pertamanya dalam kejohanan itu pada 2026 tanpa kalah sebarang set dalam semua perlawanan. Pencapaian hebat ini menjadikannya pemain lelaki termuda dalam sejarah yang memenangi kesemua enam kejohanan ATP Masters 1000 di gelanggang keras.

Rolex dan tenis

Berbalas pukulan sambil mencari langkah yang sempurna.

Temui lebih lanjut