Presidents Cup™ merupakan pertandingan berpasukan yang istimewa dalam dunia golf kerana pemain elit menyasarkan peningkatan mutu permainan yang cemerlang bersama-sama.
Rolex telah menjadi Penjaga Masa Rasmi Presidents Cup™ sejak 2005 dan Rakan Kongsi Global sejak 2007.
Acara ini ialah pertandingan berhadapan dwitahunan antara pasukan yang mewakili Amerika Syarikat dengan negara lain (kecuali Eropah).
Ditubuhkan pada tahun 1994 dan dikendalikan oleh PGA TOUR®, Presidents Cup™ telah berkembang menjadi antara acara berpasukan golf profesional terkemuka, bersama-sama dengan Piala Ryder dan Piala Solheim. Pertandingan empat hari yang terdiri daripada perlawanan empatan, four-ball dan perseorangan ini menampilkan beberapa pemain terbaik di dunia dalam format yang memberikan ganjaran kepada prestasi kolektif melebihi pencapaian peribadi.
Setiap pasukan ada 12 pemain, diketuai oleh seorang kapten – biasanya seorang tokoh yang sangat dihormati – yang bertanggungjawab memilih pasangan dan menetapkan urutan perlawanan. Bagi kedua-dua pasukan, pemilihan ditentukan melalui gabungan sistem kelayakan berasaskan mata automatik dan pilihan kapten. Enam pemain teratas daripada senarai mata pasukan masing-masing akan mendapat tempat automatik, kemudian kapten melengkapkan senarai pemain dengan enam pilihan selanjutnya.
Pasukan Antarabangsa memilih pemain dari seluruh dunia. Negara seperti Australia, Korea Selatan, Jepun, Kanada dan Afrika Selatan kerap menghantar wakil. Ciri global inilah yang membezakan acara ini daripada pertandingan berpasukan lain dalam sukan golf.
Semasa edisi 2005, 2007 dan 2009, Jack Nicklaus dari Amerika Syarikat dan Gary Player dari Afrika Selatan, kedua-duanya merupakan Testimoni Rolex, berkhidmat sebagai kapten pasukan. Sebagai kapten, tokoh legenda ini menghidupkan kembali persaingan mereka sekitar tahun 1960-an dan 1970-an.
Presidents Cup Junior merupakan pertandingan perlawanan berpasukan selama dua hari yang menampilkan 24 pemain golf junior terbaik dunia berumur 19 tahun ke bawah – 12 orang dari Amerika Syarikat dan 12 orang dari negara lain, (kecuali Eropah). Acara itu berlangsung hanya beberapa hari sebelum Presidents Cup™ dwitahunan, berkongsi arena yang sama dan mewujudkan satu temasya yang mengilhami generasi pemain profesional akan datang dengan pengalaman suasana dan tradisi satu daripada pertandingan berpasukan golf terhebat.