Kejohanan FedEx St. Jude merupakan acara pembukaan bagi Playoff Piala FedEx dalam PGA TOUR®, yang diadakan pada bulan Ogos di TPC Southwind di Memphis, Tennessee.
Selaku Penjaga Masa Rasmi PGA TOUR® sejak tahun 2007, Rolex menyokong Kejohanan FedEx St. Jude sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjang terhadap sukan golf profesional pada peringkat tertinggi, yang merangkumi keseluruhan Playoff Piala FedEx serta pertandingan sepanjang musim yang menentukan keputusan.
Kejohanan ini merupakan detik penentu pertama dan terpenting musim. Seramai 70 pemain terbaik dalam kedudukan Piala FedEx bersaing untuk merebut tempat 50 teratas, sekali gus layak ke acara playoff kedua terakhir, iaitu Kejohanan BMW.
Kejohanan PGA TOUR® ini telah diadakan setiap tahun di Memphis sejak tahun 1958, sementara Colonial Country Club menjadi tuan rumah sebelum berpindah secara tetap ke TPC Southwind pada tahun 1989. FedEx menjadi penaja perdana pada tahun 1987 dan terus menyokong kejohanan itu hingga kini. Perkongsian ini telah mengutip lebih $80 juta untuk St. Jude Children’s Research Hospital, sekali gus menjadi satu daripada hubungan amal yang paling penting dalam dunia golf profesional. Acara ini dinaik taraf kepada status Playoff Piala FedEx pada tahun 2022, sekali gus mengubah kedudukan daripada jelajah tetap yang disegani kepada satu daripada minggu terpenting dalam kalendar golf tahunan.
TPC Southwind mempunyai par 70 dengan jarak 6,664 meter (7,288 ela). Susun atur yang sempit dan dilitupi pepohon menuntut ketepatan hayunan dari ti, serta memberikan kelebihan kepada kayu besi yang tepat dan pukulan leret yang cermat sepanjang empat pusingan. Taruhan playoff yang lebih besar menjadikan setiap hayunan lebih bermakna. Dengan 750 mata Piala FedEx ditawarkan dan hanya 50 pemain teratas layak mara ke Kejohanan BMW pada minggu berikutnya, tekanan di TPC Southwind jauh lebih tinggi berbanding dengan mana-mana acara jelajah biasa. Setiap markah pukulan bukan sahaja terpampang papan pendahulu, malah menentukan kedudukan sepanjang musim, pengecualian kelayakan dan peluang untuk beraksi dalam kejohanan terbesar.