Penunggang pertunjukan lompat sedang beraksi di hadapan astaka besar pada Pertunjukan Kuda Dublin

Pertunjukan Kuda Dublin Gallagher

Pertunjukan Kuda Dublin Gallagher merupakan antara acara ekuestrian paling tersohor di dunia dan acara penting dalam Siri Rolex.

Penjaga Masa Rasmi sejak 2024
Orang ramai menyaksikan pusingan pertunjukan lompat kuda di arena ekuestrian terbuka

Pertunjukan lompat kuda bertaraf kejohanan di RDS

Rolex ialah Jam Tangan Rasmi bagi Pertunjukan Kuda Dublin Gallagher, iaitu satu daripada tujuh acara ternama dalam Siri Rolex serta Penaja Utama bagi acara Grand Prix ini.

Acara ini menampilkan lima hari pertandingan pertunjukan lompat kuda dan ekuestrian serba boleh bertaraf dunia, di samping pelbagai kategori pertunjukan dan persembahan. Diadakan pada setiap bulan Ogos di Arena Royal Dublin Society (RDS), acara ini menarik lebih daripada 100,000 pengunjung.

Arena ini menawarkan suasana yang tiada tandingan dalam kalendar ekuestrian antarabangsa. Permukaan rumput di Arena Utama Laya, suasana yang penuh debaran serta kehadiran penonton yang bukan sahaja arif malah lantang bersuara ini mewujudkan persekitaran yang menuntut ketepatan teknikal dan ketahanan mental pada masa yang sama. Di sini, ketenangan ketika berdepan tekanan adalah sama pentingnya dengan kemahiran penunggang semasa berada di atas pelana. Acara ini mencapai kemuncak pada hari Ahad dengan Rolex Grand Prix di Ireland dengan menganugerahkan Trofi Kerajaan Ireland kepada pemenang.

Seabad kebanggaan negara

Mula dianjurkan lebih 150 tahun yang lalu, Pertunjukan Kuda Dublin merupakan antara acara paling berprestij dan paling lama bertahan dalam kalendar ekuestrian serta sosial di Ireland. Piala Negara yang merebutkan Trofi Aga Khan mula dipertandingkan pada 1926 dan telah lama menjadi acara kemuncak yang menyentuh emosi sepanjang minggu tersebut dengan menyematkan identiti kebangsaan ke dalam teras pertandingan berpasukan antarabangsa. Edisi 2026 menandakan ulang tahun ke-100 pertandingan ternama ini yang menghimpunkan gandingan kuda dan penunggang terbaik dari seluruh dunia. Rolex Grand Prix pertama kali diadakan pada 1934 sebelum pembuat jam tangan dari Switzerland itu menjadi Penaja Utama sejak 2024.

Testimoni Rolex memainkan peranan penting sepanjang sejarah acara ini. Antaranya ialah Steve Guerdat dan Martin Fuchs yang membantu Switzerland meraih kemenangan dalam Piala Negara pada 2023. Bertram Allen, Kent Farrington, dan Fuchs pula pernah memenangi Grand Prix.

Menara jam Rolex dengan para penonton pada Pertunjukan Kuda Dublin

Juara kami

Rolex dan ekuestrian

Setiap halangan menjadi langkah seterusnya ke arah kecemerlangan.

Temui lebih lanjut