Penunggang dan kudanya meligas masuk merentasi arena berumput pada CSIO Roma

CSIO Rom di Piazza di Siena

CSIO Rom di Piazza di Siena ialah pertandingan pertunjukan lompat kuda CSIO5* peringkat tinggi. Sebagai acara pertama daripada tujuh acara terkemuka dalam Siri Rolex, pertandingan ini diadakan di tengah-tengah taman Villa Borghese di Rom.

Jam Tangan Rasmi sejak 2018
Penunggang kuda sedang melepasi pagar berkembar Rolex berwarna hijau berlatarkan pokok sipres yang tinggi dan seni bina bersejarah

Pembuka Tirai Siri Rolex

Selama 100 tahun, CSIO Rom di Piazza di Siena telah berlangsung di taman Villa Borghese yang mempesonakan. Arena rumput berbentuk bujur dikelilingi oleh seni bina gaya barok dan neoklasik, pokok pain payung purba serta latar langit kota Rom.

Acara kemuncak dalam perhimpunan tahunan bulan Mei ialah Gran Premio Roma Rolex dan Piala Negara. Penggemar pertunjukan lompat kuda menghargai keindahan dan warisan latar tempat serta pertandingan peringkat tinggi yang ditawarkan. Rolex telah menjadi Jam Tangan Rasmi dan Penaja Perdana Grand Prix acara ini sejak 2018.

Seabad pertunjukan lompat kuda di taman kota Rom

Piazza di Siena mula menganjurkan pertandingan ekuestrian pada 1922. Empat tahun kemudian, Persekutuan Sukan Ekuestrian (FEI) Antarabangsa memasukkan pertandingan tersebut dalam kalendar antarabangsa.

Kini, acara ini dianjurkan oleh Persekutuan Sukan Ekuestrian Itali dengan kerjasama Sport and Salute, sebuah syarikat awam yang mempromosikan sukan dan gaya hidup sihat. Orang ramai boleh menyaksikan acara ini secara percuma, selaras dengan prinsip bahawa sukan elit wajar dinikmati oleh semua orang. Selama beberapa dekad, lokasi ini telah mengalu-alukan generasi penunggang dan kuda terkemuka dunia.

Menara jam bersejarah dengan kubah kecil dan penunjuk arah angin, dikelilingi pokok pain hijau di Piazza di Siena
Penunggang bersama kudanya melepasi satu halangan Rolex berwarna hijau di hadapan penonton pada CSIO Roma

Gran Premio Roma Rolex merupakan acara kemuncak bagi kejohanan ini dengan format pertandingan bertaraf lima bintang yang berlangsung dalam dua pusingan serta menawarkan antara hadiah yang paling diidamkan dalam pertunjukan lompat kuda antarabangsa.

Rolex dan ekuestrian

Setiap halangan menjadi langkah seterusnya ke arah kecemerlangan.

Temui lebih lanjut