Diadakan di arena pesisir pantai yang dihormati di barat Perancis, CSIO Jumping International de La Baule menguji pasukan ekuestrian kebangsaan dan individu pada tahap tertinggi.
Rolex telah menjadi Jam Tangan Rasmi pertemuan ini dan Penaja Perdana acara kemuncak, Grand Prix Rolex Ville De La Baule, sejak tahun 2022. Sokongan jenama ini untuk acara elit Siri Rolex mencerminkan komitmen terhadap pertandingan yang mengiktiraf kecemerlangan berterusan dan prestasi kolektif.
La Baule mendapat tempat penting dalam kalendar ekuestrian antarabangsa. Diadakan setiap tahun di pantai Atlantik Perancis, ini merupakan satu daripada acara Piala Negara paling berprestij di Eropah, terkenal dengan arena rumput yang luas, padang yang mencabar dan peranan penting dalam pertandingan berpasukan.
Sejak 1960, CSIO Jumping International de La Baule telah membawa program sukan yang luar biasa ke rantau yang kaya dengan tradisi berkuda. Piala Negara dan Grand Prix Rolex ialah acara kemuncak yang menampilkan pelbagai pertandingan, semuanya dipersembahkan secara percuma kepada khalayak ramai yang sememangnya menggamatkan suasana.
Temasya ini merupakan antara acara paling mencabar dalam ekuestrian, yang menghimpunkan penunggang terkemuka dunia dan kuda terbaik mereka. Di Stade François André, gabungan kuasa, ketelitian, keseimbangan dan kawalan yang luar biasa diperlukan, lebih-lebih lagi dalam keadaan pantai yang menuntut pengurusan angin dan tanah yang baik. Pada tahap ini, reka bentuk padang adalah penting: Grand Prix mestilah dibina agar menepati kualiti padang untuk menentukan penunggang terhandal. Selain Piala Negara , pertandingan individu kelas teratas La Baule mengesahkan status acara ini sebagai ujian kejohanan utama untuk pasukan dan pentas ulung untuk persembahan individu elit.
Selama bertahun-tahun, Testimoni Rolex seperti Daniel Deusser, Kent Farrington dan Steve Guerdat telah mempamerkan persembahan yang tidak dapat dilupakan di La Baule, sama ada dalam pertandingan Piala Negara mahupun dalam kelas individu terkemuka.
Setiap halangan menjadi langkah seterusnya ke arah kecemerlangan.
Temui lebih lanjut