Laluan lompatan ekuestrian luar di atas rumput semasa Grand Slam Rolex di Aachen

Pertunjukan Lompat Kuda Grand Slam Rolex

Pertunjukan Lompat Kuda Grand Slam Rolex menghimpunkan empat pertunjukan lompat kuda yang paling berprestij di dunia, dengan hadiah yang paling diidam-idamkan dalam sukan ini.

Rakan Kongsi Pengasas sejak 2013
Penunggang mengemudi kuda di arena dalaman semasa Masters Belanda di bawah skrin yang digantung

Cabaran terunggul ekuestrian

Berprestij. Mencabar. Amat sukar dikecapi. Sejak 2013, penunggang terbaik dunia bersaing demi memenangi Pertunjukan Lompat Kuda Grand Slam Rolex. Untuk berbuat demikian, mereka perlu memenangi Grand Prix dalam tiga daripada empat Kejohanan Utama berturut-turut iaitu Masters Belanda, Pesta Ekuestrian Dunia, Kejohanan Masters CSIO Spruce Meadows dan CHI Geneva. Testimoni Rolex, Scott Brash, berjaya mencapai kejayaan tersebut pada 2015.

Setiap Kejohanan Utama menguji keupayaan yang tersendiri tetapi cabaran tetap sama iaitu menewaskan penunggang terbaik di dunia. Sebagai Rakan Kongsi Pengasas dan Penaja Perdana Pertunjukan Lompat Kuda Grand Slam Rolex, jenama ini telah mewujudkan serta terus menyokong anugerah paling berprestij dalam sukan ekuestrian.

Empat kejohanan Utama dalam Pertunjukan Lompat Kuda Grand Slam Rolex