Setiap musim panas, beribu-ribu orang berkumpul di taman Istana Schönbrunn di Vienna sempena Konsert Malam Musim Panas Filharmonik Vienna.
Rolex telah menjadi Rakan Kongsi Eksklusif Filharmonik Vienna sejak 2008. Konsert Malam Musim Panas diadakan kali pertama pada tahun 2004 dan menjadi antara acara tahunan yang paling digemari dalam muzik klasik. Setiap edisi menampilkan Filharmonik Vienna di bawah pimpinan konduktor jemputan terkemuka, disertai oleh artis solo antarabangsa yang terkenal, mempersembahkan program yang merangkumi repertoir orkestra dan opera yang hebat.
Filharmonik ini ditubuhkan pada tahun 1842 dan diiktiraf umum sebagai satu daripada orkestra terbaik di dunia. Terkenal dengan standard yang tinggi, orkestra ini menyampaikan mesej penyatuan menerusi muzik ke seluruh dunia.
Istana chönbrunn, bekas kediaman maharaja Habsburg dan Tapak Warisan Dunia, merupakan tempat yang indah untuk konsert terbuka percuma. Konsert ini menarik hingga 100,000 penonton, lantas menjadi antara acara muzik klasik terbesar di dunia dan agenda penting dalam kalendar budaya Vienna.
Konsert ini disiarkan melalui televisyen dan platform penstriman di lebih 150 buah negara dengan kerjasama rakan kongsi televisyen awam dan medici.tv agar dapat dinikmati bukan sahaja oleh hadirin di taman Schönbrunn, malah penonton di setiap benua.
Saban tahun, beberapa Testimoni Rolex telah tampil di pentas Schönbrunn. Gustavo Dudamel pertama kali memimpin Konsert Malam Musim Panas pada tahun 2012 dan kembali pada tahun 2019. Pada kemunculan kedua, beliau disertai oleh Yuja Wang sebagai pemain solo. Jonas Kaufmann membuat persembahan pada tahun 2020. Yannick Nézet-Séguin memimpin Konsert Malam Musim Panas pada tahun 2023, manakala Konsert Malam Musim Panas 2026 menyaksikan Testimoni Rolex, Sir Bryn Terfel, membuat persembahan sebagai penyanyi solo.
Muzik adalah sumber emosi sejagat yang merentasi sempadan, budaya dan generasi.
Temui lebih lanjut