Sebagai satu daripada institusi opera dan balet terkemuka di dunia, Opéra national de Paris menyatukan warisan seni, kecemerlangan muzik dan tradisi koreografi dalam citra budaya Perancis.
Rolex telah menjadi Rakan Kongsi dan Jam Tangan Rasmi Opera Paris sejak tahun 2014. Ikatan ini mencerminkan komitmen jangka panjang jenama kepada institusi seni terulung dunia serta dedikasi terhadap kecemerlangan dalam bidang budaya dan persembahan.
Dengan sejarah lebih 350 tahun, Opéra national de Paris terkenal dengan persembahan bertaraf dunia dan repertoir yang luas, serta tradisi pewarisan nilai seni dari satu generasi ke generasi seterusnya. Seni bina rumah opera di situ, Palais Garnier dan Opéra Bastille, menjadikannya ikon opera dan balet antarabangsa.
Palais Garnier yang mewah – dibina antara tahun 1861 hingga 1875 dan direka bentuk oleh arkitek, Charles Garnier, merupakan contoh gaya hiasan unggul pada zaman itu dan satu daripada bangunan yang amat terkenal di dunia. Pada tahun 1989, Opéra Bastille baharu, yang melambangkan perkembangan terkini dalam seni bina kontemporari, bergabung dengan Palais Garnier yang bersejarah sebagai sebahagian daripada Opéra de Paris yang menjadi Opéra nasional de Paris pada tahun 1994. Dua arena yang berbeza ini menyatukan tradisi dan kemodenan Paris dalam satu institusi.
Dengan lebih 400 majlis setiap tahun dan reputasi global dalam inovasi dan kreativiti yang luar biasa, Opéra national de Paris menawarkan pelbagai persembahan balet, opera dan konsert antarabangsa yang menakjubkan, serta persembahan yang dicipta untuk khalayak yang lebih muda.
Syarikat itu, yang menarik hampir 900,000 penonton setiap tahun, amat komited untuk menyediakan karya daripada warisan opera dan koreografinya kepada seberapa ramai orang yang mungkin dan untuk mempromosikan penciptaan dan persembahan produksi baharu.
Syarikat turut menyumbang kepada penyebaran pengetahuan seni melalui pembangunan profesional penyanyi dan penari menerusi akademi, program pendidikan dan kerjasama antarabangsa.
Sejak tahun 2023, Rolex telah menyokong ADO, Orkestra Remaja dan Koir Remaja Opéra yang pertama, yang menggalakkan pelajar berumur 12 hingga 18 tahun untuk mengembangkan latihan muzik mereka, kemudian menerokai repertoir opera dan balet.
Testimoni Rolex, Juan Diego Flórez, Benjamin Bernheim, Jonas Kaufmann, Sir Bryn Terfel, Sonya Yoncheva, Rolando Villazon, Gustavo Dudamel, Yuja Wang dan Yannick Nézet-Séguin sering membuat persembahan di Opéra national de Paris.