Rakaman babak luar

Makmal Institut Sundance

Makmal Institut Sundance menyokong pembuat filem, penulis skrip dan penggiat seni kreatif yang sedang meningkat naik melalui bimbingan, kerjasama dan pembangunan seni dalam komuniti filem bebas antarabangsa.

Rakan Kongsi Rasmi dan Jam Tangan Eksklusif sejak 2025
Generasi pembikin filem seterusnya

Mencorak generasi baharu filem bebas

Pada 2025, Rolex menjadi Rakan Kongsi Rasmi dan Jam Tangan Eksklusif Institut Sundance. Melalui Inisiatif Keabadian Seni, Rolex menyokong Program Filem Cereka sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjang untuk memupuk kecemerlangan seni dan bakat baharu.

Selama lebih empat dekad, Institut Sundance memainkan peranan penting untuk menyokong parap penglipur lara. Program seni yang dianjurkan menyediakan sokongan sepanjang tahun menerusi makmal, geran, usaha intensif, program felo, bimbingan dan pelbagai sumber berterusan bagi membantu pengkarya mengembangkan projek, membina rangkaian serta mengukuhkan kerjaya mereka.

Teras kepada usaha ini ialah Program Filem Cereka yang menyokong generasi baharu pembuat filem menerusi proses kreatif yang teliti yang menumpukan penceritaan yang asli dan bermakna. Program ini merangkumi inisiatif seperti Makmal Penulis Skrin, Makmal Pengarah dan Program Intensif Penulis Skrip yang menyediakan sokongan kreatif serta profesional sepanjang pelbagai peringkat pembangunan karya.

Menyokong perjalanan seni pengkarya

Sundance ELEVATE diperkenalkan oleh program artis Institut Sundance sebagai satu landasan pembangunan profesional bagi artis yang menyertai makmal, program intensif dan program pemberian geran anjuran institut tersebut. ELEVATE diwujudkan untuk membantu pengkarya merealisasikan projek mereka serta membina kerjaya yang mampan, menyediakan sumber dalam pelbagai bidang seperti pengurusan kewangan, pemahaman undang-undang, pembiayaan, perwakilan, keusahawanan, penjenamaan diri dan kemahiran pembentangan.

Sundance Collab, komuniti digital global dan platform pembelajaran milik Institut Sundance memperluas sokongan ini secara dalam talian menerusi kursus, bimbingan, acara komuniti dan peluang pembelajaran yang dipilih susun untuk pembuat filem di seluruh dunia.

Institut Sundance diasaskan pada 1981 oleh Robert Redford untuk memperjuangkan kebebasan seni, keberanian mengambil risiko kreatif serta bakat baharu dalam dunia perfileman. Makmal pertama Sundance menghimpunkan sekumpulan kecil pembuat filem di Sundance Resort, Utah, bagi mewujudkan ruang untuk seniman membangunkan karya asli di luar sistem studio Hollywood tradisional. Visi pengasas tersebut telah mengangkat Institut Sundance sebagai satu daripada pemain penting dalam dunia sinema bebas.

Pengarah di set penggambaran luar

Rolex dan pawagam

Kecemerlangan filem memerlukan gabungan unik antara kemahiran yang teliti, inovasi teknikal dan bakat kreatif yang luar biasa.

Temui lebih lanjut