Pandangan luar Dewan Alice Tully di Lincoln Center semasa Festival Filem New York

Festival Filem New York

Festival Filem New York merupakan satu daripada festival filem terkemuka di dunia yang terkenal dengan pemilihan filem yang teliti dan mengutamakan nilai artistik, nuansa yang tersendiri serta pembuatan filem yang bercita-cita tinggi.

Rakan Kongsi Rasmi dan Jam Tangan Eksklusif sejak 2025
Sesi soal jawab di atas pentas semasa Festival Filem New York

Membentuk budaya filem

Rolex menjadi Rakan Kongsi Rasmi dan Jam Tangan Eksklusif bagi Film at Lincoln Center pada 2025 menerusi kerjasama yang merangkumi Festival Filem New York dan Majlis Gala Anugerah Chaplin tahunan. Perkongsian ini mencerminkan komitmen jangka panjang Rolex terhadap dunia pawagam melalui Inisiatif Keabadian Seni.

Festival Filem New York diadakan setiap musim luruh di Lincoln Center for the Performing Arts sebagai sambutan pawagam yang tidak berasaskan pertandingan. Sejak ditubuhkan, festival ini memainkan peranan penting untuk memperkenalkan pelbagai karya penting dalam dunia pawagam antarabangsa kepada penonton. Kini, festival ini terus mencorakkan budaya perfileman menerusi visi editorial yang tegas dengan memperjuangkan karya yang berani dan berseni tinggi dari seluruh dunia.

Proses pemilihan yang teliti

Ditubuhkan pada 1963, Festival Filem New York telah menampilkan karya penting daripada ramai pembuat filem terhebat dunia, termasuk Jean-Luc Godard, François Truffaut, Ingmar Bergman, Akira Kurosawa, Agnes Varda, Pedro Almodóvar dan Testimoni Rolex, Martin Scorsese.

Festival ini terserlah menerusi proses kuratorial yang rapi. Jawatankuasa pemilihan kecil menyusun program filem yang dipilih semata-mata berdasarkan nilai artistik sehingga menjadikan festival ini terkenal dengan kebebasan, konsistensi serta pengaruh yang berkekalan dalam dunia pawagam antarabangsa.

Selain tayangan filem, festival ini menganjurkan sesi perbincangan bersama pembuat filem, inisiatif pendidikan serta acara industri yang menggalakkan dialog antara penggiat seni dan penonton.

Martin Scorsese semasa Festival Filem New York ke-60

Rolex dan pawagam

Kecemerlangan filem memerlukan gabungan unik antara kemahiran yang teliti, inovasi teknikal dan bakat kreatif yang luar biasa.

Temui lebih lanjut