Gambaran keseluruhan ruang sambutan yang elegan dilengkapi meja jamuan bulat di bawah kubah kaca dan keluli di Akademi Muzim dengan pemandangan Los Angeles pada waktu senja

Gala Akademi Muzium

Gala Akademi Muzium ialah acara kutipan dana tahunan Akademi Muzium Gambar Bergerak di Los Angeles bagi menyokong usaha memelihara dan meraikan pawagam.

Rakan Kongsi Eksklusif sejak 2021
Meja jamuan disusun untuk majlis malam gala di dalam kubah kaca yang diterangi cahaya di Akademi Muzim dengan pemandangan latar langit Los Angeles ketika matahari terbenam

Meraikan pawagam

Rolex ialah Penyokong Pengasas dan Jam Tangan Rasmi Akademi Muzium Gambar Bergerak. Sejak 2021, Rolex menganjurkan Gala Akademi Muzium bagi menyokong misi muzium untuk memelihara dan meraikan pawagam. Hasil sumbangan para penderma pada gala ini akan memastikan muzium terus menganjurkan pameran bertaraf dunia, menyokong peluang pendidikan, menawarkan tayangan awam yang dinamik serta kekal terbuka kepada pengunjung daripada semua peringkat usia. Setiap edisi memberikan penghormatan kepada tokoh yang telah memberikan sumbangan besar dan berpanjangan dalam dunia perfileman melalui Anugerah Icon, Luminary, Vantage dan Legacy. Tokoh yang diiktiraf pada gala ini turut menyokong misi muzium dengan menyertai program awam sempena acara tersebut.

Kerjasama ini merupakan sebahagian daripada hubungan Rolex yang lebih luas dengan Akademi Seni dan Sains Gambar Bergerak yang bermula pada 2017 apabila Rolex menjadi Jam Tangan Eksklusif Akademi dan Penaja Bangga Oscars® serta dieratkan lagi pada 2018 menerusi Anugerah Gabenor.

Pada 2024, Rolex terus memperluas sokongannya melalui Anugerah Akademi Pelajar dan Academy100, satu inisiatif yang bertujuan untuk mengukuhkan jangkauan Akademi secara global melalui pameran bertaraf dunia, penceritaan digital dan program untuk menyokong pembuat filem baharu dari seluruh dunia.

Pandangan dari udara Bangunan Saban yang diterangi cahaya senjakala di Akademi Muzium dengan sfera kaca yang bersinar berlatarkan suasana langit bandar Los Angeles
Tetamu berpakaian anggun tiba di teres berbumbung di Akademi Muzium yang disediakan untuk gala ketika matahari terbenam

Akademi Muzium Gambar Bergerak dibuka pada September 2021 dengan ruang galeri seluas lebih 4,500 meter persegi (50,000 kaki persegi) yang dikhususkan untuk pameran. Muzium ini merupakan institusi terkemuka dunia yang dikhususkan untuk meraikan dan memelihara seni pawagam dengan koleksi yang merangkumi keseluruhan sejarah pembuatan filem, termasuklah aspek teknologi, ketukangan seni, kostum, reka bentuk produksi dan kesan visual.

Sejak tahun pertama muzium dibuka, Gala Akademi Muzium menjadi acara kutipan dana tahunan utama yang menghimpunkan tokoh terkemuka dunia pawagam untuk meraikan pencapaian seni di samping menyokong pameran, inisiatif pendidikan dan program awam Muzium.

Rolex dan pawagam

Kecemerlangan filem memerlukan gabungan unik antara kemahiran yang teliti, inovasi teknikal dan bakat kreatif yang luar biasa.

Temui lebih lanjut