Hingga detik itu, tanda pengiktirafan ini secara amnya dikhaskan untuk kronometer marin yang besar, berikutan ujian yang sangat rapi yang dijalankan selama 45 hari. Untuk kali pertama, Rolex telah menunjukkan bahawa jam tangan mampu menandingi jam yang paling tepat.
Kejayaan Rolex yang sedemikian menyumbang kepada pembentukan kredibiliti jam tangan dengan ketara, yang sehingga kini dianggap sebagai barang kemas dan kurang tepat.