Semua komponen gerakan mestilah dapat bergerak bebas dan berfungsi bersama secara optimum sebaik sahaja gerakan itu dipasangkan penutup. Rotor Perpetual direka bentuk untuk menangkap tenaga yang dijana oleh pemakai.
Berat berayun sistem bertindak balas terhadap pergerakan pergelangan tangan walaupun sedikit dan semasa berputar, menggerakkan pegas utama. Kemudian, pegas utama melepaskan tenaga yang diperlukan secara berkala untuk membolehkan gerakan mekanikal berfungsi. Dengan adanya teknologi ini, melalui pergerakan manusia, jam tangan tidak perlu diputarkan secara manual lagi.