Jam tangan Rolex, terutamanya Sea-Dweller, merupakan peralatan standard untuk Comex. Model ini merupakan satu-satunya jam tangan yang dipercayai sepenuhnya oleh penyelam elit syarikat itu untuk selaman tepu mereka ke kedalaman yang jauh – apabila masa yang tepat amat penting pada setiap peringkat.
Pada tahun 1988, ahli misi Hydra VIII mencipta rekod selaman laut lepas dunia pada kedalaman 534 meter (1,752 kaki), di Laut Mediterranean di luar pesisir Marseille. Empat tahun kemudian, penyelam Perancis, Théo Mavrostomos, menjadi orang pertama yang mencapai –701 meter (–2,300 kaki) di dalam ruang hiperbarik. Kedua-dua rekod yang dicatatkan oleh Comex masih kekal sehingga kini.