Terbuka Cincinnati merupakan kejohanan tenis tertua di Amerika Syarikat yang masih dimainkan di bandar asal dan berperanan sebagai ujian gelanggang keras yang ketat sebelum Terbuka Amerika Syarikat.
Rolex merupakan Penjaga Masa Rasmi bagi Persatuan Pemain Tenis Profesional (ATP) dan Persatuan Tenis Wanita (WTA), menerusi kerjasama dengan kesemua sembilan acara ATP Masters 1000 dan kesemua 10 acara WTA 1000, termasuk Terbuka Cincinnati.
Kejohanan ini yang diadakan setiap tahun di Mason, Ohio, merupakan perlawanan penting dalam siri gelanggang keras musim panas utara bagi kedua-dua jelajah lelaki dan wanita.
Diasaskan pada tahun 1899, Terbuka Cincinnati merupakan antara acara terulung dalam tenis profesional. Sejak 1979, acara ini diadakan di Pusat Tenis Keluarga Lindner, sebuah arena terkenal yang telah mengalami peluasan yang besar untuk menandingi kegahan kejohanan tersebut.
Kejohanan ini merupakan acara wajib ATP 1000 dan WTA 1000, yang menghimpunkan pemain lelaki dan wanita terbaik dalam minggu yang sama. Oleh itu, kejohanan ini diangkat sebagai satu daripada hanya enam pertandingan tenis peringkat tertinggi, selain pertandingan di Indian Wells, Miami, Madrid, Rom dan Montreal/Toronto, yang mengadakan acara gabungan ini. Pada tahun 2025, kejohanan ini telah meluaskan penyertaan kepada 96 pemain perseorangan, sekali gus menzahirkan cita-cita untuk menjadi antara acara paling penting dalam kalendar. Dengan taruhan mata ranking utama dan sebagai persediaan terakhir sebelum Terbuka Amerika Syarikat, pertandingan ini menampilkan tenis gelanggang keras yang sentiasa menarik.
Senarai pemenang kejohanan ini merangkumi beberapa juara terhebat dalam sejarah perlawanan. Testimoni Rolex, Roger Federer, menyerlah antara pemenang acara lelaki, setelah mengungguli tujuh gelaran perseorangan.