Pemandangan luas arena Lompat Kuda Antarabangsa di Dinard dari udara, memperlihatkan seekor kuda dan penunggang sedang beraksi di padang rumput yang dikelilingi tempat duduk yang dipenuhi penonton, di bawah langit yang mendung

Lompat Kuda Antarabangsa di Dinard

Diadakan sejak tahun 1912, Lompat Kuda Antarabangsa di Dinard merupakan satu daripada acara ekuestrian paling bersejarah dan digemari di Perancis, dengan arena rumput dihiasi warna merah jambu dan hijau setiap bulan Julai.

Jam Tangan Rasmi sejak 2015
Syot aksi menegak yang memaparkan seekor kuda dan penunggang beraksi dalam pertunjukan lompat kuda semasa Lompat Kuda Antarabangsa di Dinard, berlatarkan tempat duduk penonton dan tiang jam Rolex berwarna hijau

Pertandingan kegemaran ramai di Pantai Zamrud, Perancis

Rolex telah menjadi Jam Tangan Rasmi Lompat Kuda Antarabangsa di Dinard sejak 2015 dan Penaja Perdana Grand Prix sejak 2017. Acara tersebut menjadi komponen asas Siri Rolex yang berprestij dalam pertunjukan lompat kuda apabila litar itu dilancarkan pada tahun 2024.

Setiap tahun, acara ini menarik peserta elit dunia ke stadium Val Porée. Terletak di Côte d'Émeraude, Brittany, yang indah, arena ini menyajikan suasana yang menakjubkan sepanjang perhimpunan empat hari. Antara adegan kemuncak ialah Derby de Bretagne sejauh 1.1 km yang mencabar penunggang dan kuda mereka untuk mengatasi 25 halangan boleh alih dan semula jadi.

Sejarah tercipta sepanjang lebih satu abad

Pada awal abad ke-20, Société hippique de Dinard mengumpulkan pegawai pasukan berkuda dan penunggang amatur untuk kali pertama dalam pertandingan unik yang kemudian menjadi Lompat Kuda Antarabangsa di Dinard. Kini, empat peringkat pertandingan lompat kuda antarabangsa (CSI) ditawarkan merentas 24 kelas dengan acara kemuncak pada Grand Prix Rolex CSI5* Ville de Dinard.

Syot aksi jarak dekat seekor kuda dan penunggang sedang melompat melepasi halangan berjenama Rolex berwarna hijau kuning semasa Lompat Kuda Antarabangsa di Dinard, yang disaksikan penonton pada latar belakang
Pemandangan landskap luas padang rumput Lompat Kuda Antarabangsa di Dinard, memperlihatkan halangan yang bertebaran, penonton berkumpul di sekitar arena, dikelilingi pepohon sekitar di bawah langit yang mendung

Penunggang menggambarkan trek Val Porée sebagai unik: padang rumput semula jadi yang besar dengan perubahan elevasi yang tersendiri yang jarang ditemukan di arena moden yang lain. Setiap tahun, tempat itu dihiasi warna-warna simbolik, merah jambu dan hijau serta menarik kira-kira 180 penunggang dan 300 ekor kuda dari kira-kira 20 buah negara. Acara itu disaksikan lebih 45,000 penonton, dengan kemasukan percuma pada keempat-empat hari tersebut.