Pertunjukan Kuda Falsterbo ialah pertandingan ekuestrian antarabangsa tahunan di pantai barat daya Sweden yang menampilkan acara pertunjukan lompat kuda dan dressage peringkat elit.
Rolex telah menjadi Jam Tangan Rasmi Pertunjukan Kuda Falsterbo sejak 2025. Sejak menyertai Siri Rolex, acara ini semakin dikenali sebagai antara pertandingan paling berprestij dalam sukan tersebut.
Pertama kali diadakan pada tahun 1920, acara ini menjadi satu daripada acara ekuestrian yang paling berprestij di Eropah. Suasana pantai yang mengagumkan di kota itu memberikan keunikan kepada acara dan menjadi tempat pertemuan popular untuk penunggang dan penonton. Setiap Julai, lebih 60,000 hadirin menonton pertandingan yang mendebarkan, termasuk CSIO5* Grand Prix Rolex pada hari terakhir.
Falsterbo yang diasaskan oleh Pasukan Berkuda Diraja Sweden telah menjadi tonggak sukan ekuestrian Scandinavia selama lebih satu abad. Pertunjukan Lompat Kuda Sweden yang pertama telah diadakan pada tahun 1969 dan kian berkembang menjadi acara sukan luar terbesar di negara ini. Arena ini telah menjadi tuan rumah Sweden untuk Piala Negara sejak tahun 1985. Acara yang bermula sebagai pertandingan kebangsaan antara pasukan Nordik ini telah menjadi satu daripada minggu pertunjukan lompat kuda dengan hadirin terbanyak dari seluruh dunia dalam kalendar musim panas Eropah.
Tapak pertunjukan Falsterbo terletak di kawasan semenanjung dan kegamatan suasana tidak seperti mana-mana tempat lain dalam sukan ini. Pertunjukan ini bukan sekadar pertandingan pertunjukan lompat dan dressage bertaraf dunia, malah menawarkan suasana yang meriah dan perkampungan pempamer yang dinamik dengan lebih 200 jenama.