Fasad luar dan tingkap-tingkap melengkung Panggung Opera Metropolitan di Lincoln Center yang diterangi cahaya pada waktu malam

Opera Metropolitan

Panggung opera yang ternama ini dikenali sebagai rumah yang dimeriahkan oleh penyanyi, konduktor, pemuzik, penari dan koreografer yang paling kreatif serta berbakat dari seluruh dunia.

Rakan Kongsi Global dan Jam Tangan Rasmi sejak 2011
Pandangan hadapan fasad dan lengkungan kaca menjulang tinggi yang diterangi cahaya terang di Panggung Opera Metropolitan pada waktu senja

Opera sepanjang musim

Rolex telah menjadi Rakan Kongsi Global dan Jam Tangan Rasmi bagi Opera Metropolitan sejak tahun 2011 sebagai sebahagian daripada Inisiatif Keabadian Seni, yang mencerminkan komitmen bersama terhadap kecemerlangan artistik serta keutuhan opera yang berpanjangan.

Ditubuhkan pada tahun 1883, Opera Metropolitan mementaskan tayangan perdana di Amerika Syarikat bagi beberapa repertoir opera yang paling terkenal. Pada setiap musim, terdapat hampir 200 persembahan opera dengan lebih daripada 750,000 orang hadirin. Sejak tahun 2018, Rolex telah menyokong siri pementasan langsung teater Opera Metropolitan yang telah memenangi anugerah, yang membawakan produksi opera bertaraf dunia secara langsung dari pentas Opera Metropolitan di New York ke pawagam di seluruh dunia.

Panggung opera pertamanya dibina di Broadway dan 39th Street, yang kemudian bergabung dengan institusi New York yang lain untuk membentuk Lincoln Center for the Performing Arts pada tahun 1966.

Kini, Opera Metropolitan terus mempersembahkan bakat global terbaik dan turut melatih seniman melalui Program Pembangunan Seniman Muda Lindemann.

Bahagian dalam Panggung Opera Metropolitan yang memperlihatkan tempat duduk balkoni bertingkat dipenuhi penonton, diterangi lampu siling berbentuk lengkungan berwarna emas

Satu musim aspirasi artistik

Yannick Nézet-Séguin, seorang Testimoni Rolex, telah memegang jawatan sebagai Pengarah Muzik Opera Metropolitan sejak tahun 2018. Beliau mencorakkan program yang menampilkan karya baharu yang disusun khas dan karya kontemporari, di samping karya agung opera tradisional. Beliau juga merupakan Pengarah Artistik bagi Program Pembangunan Seniman Muda Lindemann. Sepanjang musim tersebut, visi artistiknya terus mencerminkan komitmen Opera Metropolitan terhadap kecemerlangan artistik.