Teater Colón ialah mercu tanda kebudayaan terpenting Argentina.
Rolex telah menjadi Jam Tangan Rasmi Teatro Colón sejak 2010 sebagai sebahagian daripada Inisiatif Keabadian Seni yang merangkumi beberapa rumah opera, dewan konsert dan pesta seni terkemuka dunia.
Teater Colón yang terletak di bumi Buenos Aires dianggap sebagai antara rumah opera terpenting di dunia serta satu daripada segelintir arena yang mampu mengendalikan sendiri keseluruhan aspek produksi.
Teater ini menjadi pusat bagi Orkestra Residen, Koir Residen dan Balet Residen teater itu sendiri serta menaungi Orkestra Filharmonik Buenos Aires. Kekuatan institusi ini menyokong program seni bertaraf dunia sepanjang tahun.
Teatro Colón dibuka pada 1908 selepas hampir 20 tahun pembinaan di bawah tiga arkitek berbeza dan terkenal dengan seni bina dan akustik luar biasa. Pakar akustik, Leo Beranek, mengiktiraf tempat ini sebagai rumah opera dengan akustik terbaik dunia berdasarkan tinjauan terhadap pengarah opera dan orkestra antarabangsa.
Teatro Colón telah menjadi pentas bagi ramai tokoh agung muzik klasikal dan opera dunia, termasuk Maria Callas dan Luciano Pavarotti, yang turut memuji keunggulan akustik di situ. Pentas ini telah menjadi tempat persembahan bagi orkestra, konduktor dan syarikat balet terkemuka dunia selama lebih satu abad, sekali gus mengukuhkan nama Teatro Colón sebagai tonggak seni persembahan antarabangsa.
Teatro Colón diisytiharkan sebagai Monumen Bersejarah Negara pada 1991 sebelum ditutup pada 2006 bagi menjalani proses pemulihan menyeluruh. Bangunan ini menyambut ulang tahun ke-100 pada tahun 2008, setelah menjadi lokasi persembahan bagi artis bertaraf dunia termasuk Testimoni Rolex Cecilia Bartoli, Benjamin Bernheim, Gustavo Dudamel, Juan Diego Flórez, Jonas Kaufmann, Jakub Józef Orliński, Sir Bryn Terfel, Yuja Wang dan Sonya Yoncheva.