Opernhaus Zürich merupakan antara panggung opera terkemuka di Eropah yang menyatukan opera, balet dan persembahan orkestra dalam tradisi yang dibentuk oleh kecemerlangan artistik, kreativiti dan inovasi.
Rolex menjadi Rakan Kongsi dan Jam Tangan Rasmi Opernhaus Zürich pada 2019 serta menyokong program pendidikan dan akademi orkestra untuk memupuk generasi artis baharu.
Setiap musim, Opernhaus Zürich mempersembahkan sekitar 250 pertunjukan opera dan balet. Selain karya utama daripada genre klasikal, rumah opera ini komited terhadap ciptaan baharu, produksi inovatif dan interpretasi segar yang menghidupkan nuansa seni untuk khalayak kontemporari.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1834, Opernhaus Zürich telah menjadi citra budaya di bandar ini. Bangunan yang wujud sekarang dirasmikan pada tahun 1891 dan sejak itu, telah mengalami pelbagai pengubahsuaian bagi memenuhi keperluan opera dan balet yang berkembang. Kini, institusi ini terus memainkan peranan penting sebagai tempat penciptaan, penyampaian dan inovasi seni serta menyatukan penghibur ternama, bakat baharu dan pasukan kreatif yang berwawasan.
Ditubuhkan pada tahun 2026, Barok Zurich ialah pesta 10 hari syarikat yang dikhususkan untuk muzik Barok, menampilkan beberapa penyanyi Barok tersohor dunia, termasuk Testimoni Rolex, Cecilia Bartoli. Studio Opera Antarabangsa, yang diasaskan pada tahun 1961, membangunkan generasi penyanyi dan pemain piano seterusnya dalam persekitaran profesional bertaraf dunia serta memainkan peranan penting dalam kerjaya Testimoni Rolex, Benjamin Bernheim.
Menerusi produksi opera dan balet yang terkenal, orkestra yang luar biasa dan komitmen untuk membangunkan generasi seniman masa hadapan, Opernhaus Zürich dianggap sebagai satu daripada rumah opera terhebat di Eropah. Selain program pendidikan dan Akademi Orkestra, Rolex turut menyokong satu produksi opera baharu pada setiap musim.
Testimoni Rolex seperti Cecilia Bartoli, Benjamin Bernheim, Juan Diego Flórez, Jonas Kaufmann, Jakub Józef Orliński, Sir Bryn Terfel dan Sonya Yoncheva membuat penampilan sebagai artis tetamu di sana.