Satu daripada rumah opera terkemuka Eropah, Opéra de Monte-Carlo, terkenal dengan kemegahan seni bina, warisan seni dan suasana unik di dalam Casino de Monte-Carlo.
Rolex telah menjadi Jam Tangan Rasmi Opéra de Monte-Carlo sejak tahun 2006.
Opéra de Monte-Carlo di Monaco telah menganjurkan persembahan opera dan konsert yang luar biasa selama lebih satu abad, termasuk 50 tayangan perdana dunia. Baru-baru ini, pementasan pelbagai karya kreatif yang jarang dipersembahkan telah meraih perhatian, dengan penghibur terkenal termasuk Testimoni Rolex, Benjamin Bernheim, Gustavo Dudamel, Juan Diego Flórez, Hélène Grimaud, Jonas Kaufmann, Anoushka Shankar, Dame Kiri Te Kanawa, Sir Bryn Terfel, Rolando Villazón and Sonya Yoncheva dijemput untuk membuat persembahan di sana.
Pada tahun 2023, Cecilia Bartoli, yang juga merupakan Testimoni Rolex, menjadi Pengarah Opéra de Monte-Carlo — wanita pertama yang memegang jawatan tersebut dalam sejarah syarikat itu.
Direka bentuk oleh arkitek Charles Garnier, pencipta Opéra Paris, Salle Garnier, telah dirasmikan pada tahun 1879. Teater ini merupakan karya agung reka bentuk Belle Époque, yang menggabungkan marmar, sepuhan emas dan kerja stuko yang rumit dalam suasana intim dengan kira-kira 500 tempat duduk. Skala ruang mewujudkan keakraban yang jarang berlaku antara penghibur dengan penonton, lantas mengukuhkan kehebatan Opéra de Monte-Carlo yang tersendiri dalam muzik klasikal.
Dari akhir abad ke-19 dan seterusnya, Opéra menjadi platform penting untuk karya opera baharu, menganjurkan tayangan perdana termasuk Le Jongleur de Notre-Dame karya Massenet pada tahun 1902, La Rondine oleh Puccini pada tahun 1917 dan L’Enfant et les Sortilèges oleh Ravel pada tahun 1925. Di bawah kepimpinan Raoul Gunsbourg, pengarah dari tahun 1892 hingga 1951, syarikat itu meraih reputasi antarabangsa dan membawakan beberapa penyanyi terhebat pada zaman itu, termasuk Enrico Caruso, Beniamino Gigli dan Renata Tebaldi.