Pandangan luar kubah titanium dan kaca Pusat Seni Pentas Negara

Pusat Seni Pentas Negara

Pusat Seni Pentas Negara (NCPA) di Beijing merupakan antara kompleks seni persembahan terbesar di Asia dan bangunan kebudayaan paling menonjol dari segi seni bina di dunia.

Jam Tangan Eksklusif sejak 2009
Bahagian dalam Pusat Seni Pentas Negara di Beijing yang menampilkan seni bina kaca dan kayu melengkung

Gaya seni bina yang unik

Rolex telah menjadi Jam Tangan Eksklusif NCPA sejak 2009 sebagai sebahagian daripada sokongan Rolex terhadap arena berprestij yang menggalakkan kecemerlangan, pencapaian dan inovasi dalam bidang seni.

Sebagai sebuah daripada arena seni persembahan terkemuka di China, NCPA mencerminkan aspirasi seni China di tengah-tengah ibu negaranya. Pusat ini mempamerkan artis terkemuka dunia dan setanding dengan arena antarabangsa yang paling berprestij. Terletak di tengah-tengah Beijing, pusat ini dikenali menerusi bentuk seni bina bujur berstrukturkan keluli yang unik.

Direka bentuk oleh arkitek Perancis, Paul Andreu, dan dibuka pada Disember 2007, NCPA terletak bersebelahan Dataran Tiananmen dan Dewan Besar Rakyat di sepanjang paksi simbolik ibu negara China.

NCPA komited untuk berkembang sebagai wadah berbilang peringkat bagi seni persembahan dan pendidikan seni, termasuk pameran seni yang menyeluruh serta promosi budaya secara dalam talian. Sejak dibuka, NCPA telah menganjurkan lebih 13,000 persembahan dan aktiviti lain, menjalinkan kerjasama dengan lebih 400 institusi seni antarabangsa dari 130 negara serta menghasilkan lebih 120 karya asli merangkumi opera, drama, tarian dan seni tradisional China.

Antara artis tersohor dunia yang pernah membuat persembahan di NCPA ialah Testimoni Rolex, Yuja Wang, antara pemain piano paling terkenal dalam generasinya, serta konduktor Gustavo Dudamel dan Yannick Nézet-Séguin. Penampilan mereka di NCPA membawa persembahan orkestra terunggul bertaraf antarabangsa kepada penonton di China.

Kubah Pusat Seni Pentas Negara yang diterangi cahaya terpantul pada tasik ketika senja