Pandangan udara dari luar dewan konsert Elbphilharmonie ketika matahari terbenam di Hamburg

Elbphilharmonie

Diibaratkan seperti sebuah geliung yang muncul dari Sungai Elbe, Elbphilharmonie Hamburg ialah sebuah dewan konsert yang terkenal pada peringkat antarabangsa kerana reka bentuk mercu tanda dan akustik yang luar biasa.

Rakan Kongsi Rasmi sejak 2022
Persembahan orkestra simfoni di dalam Dewan Besar Elbphilharmonie di Hamburg

Destinasi budaya antarabangsa

Rolex bekerjasama dengan Elbphilharmonie Hamburg pada tahun 2022, yang mencerminkan komitmen bersama terhadap penciptaan artistik dan penyampaian warisan muzik.

Tersergam indah di daerah HafenCity di tepian air Hamburg, struktur yang luar biasa ini menempatkan dua dewan konsert dan pusat pendidikan muzik yang besar.

Pandangan bahagian dalam dewan utama di Elbphilharmonie

Akustik dan reka bentuk yang luar biasa

Dicipta sebagai sebahagian daripada pembangunan HafenCity Hamburg, Elbphilharmonie direka bentuk oleh arkitek Switzerland, Herzog & de Meuron, yang mempamerkan gelombang kaca berkilauan di atas gudang bata yang kukuh sejak 1960-an.

Bangunan itu dibuka pada Januari 2017, yang menandakan detik penting bagi bandar ini, dan mewujudkan tempat baharu terulung yang memenuhi cita rasa muzik yang luas.

Pandangan dewan konsert Elbphilharmonie di Hamburg ketika matahari terbenam

Bahagian utama ialah Dewan Besar, dengan 2,100 tempat duduk yang disusun di sekeliling pentas tengah, suasana yang menyerupai ladang anggur berteres. Tiada penonton berada lebih daripada 30 meter dari konduktor, jarak dekat yang mewujudkan hubungan akrab yang istimewa antara penghibur dengan penonton. Suasana akustik tersendiri ini, yang dibangunkan dengan kerjasama ahli akustik Jepun, Yasuhisa Toyota, membolehkan kejelasan bunyi yang mempertingkatkan karya orkestra berskala besar dan persembahan yang mendalam.

Arena ini mempersembahkan pelbagai program yang merangkumi konsert orkestra, muzik kamar, genre kontemporari dan elektronik. Ramai Testimoni Rolex ternama pernah membuat persembahan di sana, termasuk Cecilia Bartoli, Benjamin Bernheim, Renaud Capuçon, Gustavo Dudamel, Juan Diego Flórez, Hélène Grimaud, Jonas Kaufmann, Yannick Nézet-Séguin, Jakub Józef Orliński, Anoushka Shankar, Sir Bryn Terfel, Rolando Villazón, Yuja Wang dan Sonya Yoncheva.