Rolex Mempersembahkan Rakan dan Jam Tangan Rasmi SailGP, iaitu sebuah kejuaraan global yang membuka lembaran baharu dunia pelayaran.

LIGA PERLUMBAAN GLOBAL BAHARU

Ditubuhkan pada tahun 2018 dan ibu pejabat di London serta San Francisco, SailGP adalah kejuaraan global yang melibatkan teknologi yang berani dan canggih serta kemahiran dan keolahragaan yang luar biasa. Persaingan pesisir pantai yang berpusatkan peminat ini diadakan di beberapa pelabuhan terkenal dunia dan disudahi dengan perlumbaan pertandingan pemenang keseluruhan. Pasukan kebangsaan bersaing dalam katamaran foil F50 supercharged yang sama dan direka bentuk untuk perlumbaan sengit pada kelajuan melebihi 50 knot (hampir 60 bpj/100 kmh).

Liga perlumbaan global baharu SailGP

Evolusi pelayaran

SailGP mewakili satu kejayaan penting dalam evolusi pelayaran dan membolehkan Rolex meningkatkan lagi hubungan jangka panjang dengan sukan ini, yang bermula pada tahun 1958. Sebagai sebuah jenama, Rolex sentiasa menghargai usaha yang menggabungkan tahap tertinggi teknologi bersama individu yang amat berbakat. SailGP memenuhi visi tersebut.

Jam tangan dan jam Rolex dapat dilihat di sepanjang kesemua acara SailGP serta turut dipaparkan pada setiap katamaran F50 supercharged – bot perlumbaan terpantas di dunia.

Evolusi Pelayaran SailGP


Yacht-Master II

Dihasilkan untuk menjadi jam tangan kapten yang muktamad, Yacht-Master II mempunyai fungsi kira detik memori mekanikal. Ia terus menetapkan standard baru dunia lumba layar sepertimana kejohanan SailGP.

Yacht-Master II SailGP

Kongsi halaman ini