Selaras dengan keinginan untuk memupuk kecemerlangan dan memberi inspirasi kepada generasi akan datang, jenama ini telah membangunkan perkongsian yang berkekalan dengan ramai artis terunggul di dunia, yang sentiasa bergerak kehadapan demi mencapai kemuncak kerjaya mereka. Jenama ini juga mempunyai hubungan jangka panjang bersama dengan acara berprestij, institusi dan orkestra yang mewakili tahap pencapaian tertinggi.
Sejak tahun 1941, Konsert Tahun Baru tahunan Filharmonik Vienna, dipersembahkan pada pagi 1 Januari telah berjaya memukau para penonton dengan keindahan dan kemegahannya. Konsert ini secara tradisinya adalah satu pameran muzik untuk Johann Strauss, keluarga beliau serta yang sezaman dengan beliau. Jutaan orang di lebih daripada 90 negara dapat menikmati muzik yang disiarkan secara langsung dari Musikverein di Vienna.
Pada setiap tahun, seramai 100,000 orang akan berkumpul di Istana dan Taman Schönbrunn, Vienna untuk Malam Musim Panas yang sangat dinanti-nantikan oleh Orkestra Filharmonik Vienna. Persembahan terbuka yang terkenal ini telah disampaikan oleh Rolex pada setiap tahun sejak tahun 2009. Ia menandakan perkongsian jenama bersama Filharmonik Vienna yang merupakan salah satu institusi muzik terbaik dunia serta komitmennya dalam memastikan muzik klasik dapat diakses oleh semua orang.
Sir Antonio Pappano
Plácido Domingo
Dame Kiri Te Kanawa
Gustavo Dudamel
Benjamin Bernheim
Sonya Yoncheva
Cecilia Bartoli
Pesta Salzburg – diasaskan pada tahun 1920 – telah menempatkannya sebagai salah satu pesta yang paling berprestij seumpamanya, sebuah acara yang menggabungkan seni persembahan dan aktiviti masa lapang bagi mencipta suatu pengalaman yang unik. Program artistiknya yang luas menyatukan konduktor, pengarah pentas, penyanyi, pemuzik, pelakon dan orkestra terbaik dunia dalam persembahan opera, drama serta konsert yang tiada tandingannya. Rolex berbangga menjadi Penaja Utama Pesta ini sejak tahun 2012.
Pesta Whitsun Salzburg menampilkan repertoir drama dan konsert yang mengagumkan sepanjang minggu Whitsun. Perayaan muzikal ini dipimpin oleh penyanyi mezzo-soprano terkenal dunia iaitu Cecilia Bartoli yang juga merupakan Testimoni Rolex sejak tahun 1994. Rolex berbangga menjadi Penaja Eksklusif Pesta Whitsun sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjangnya untuk pembangunan seni di seluruh dunia.
Jonas Kaufmann
Juan Diego Flórez
Sir Bryn Terfel
Rolando Villazón
Yuja Wang
Michael Bublé
Teatro alla Scala
Rolex dan Seni Baca lebih lanjutOpera Metropolitan
Rolex dan Seni Baca lebih lanjutRumah Opera Diraja
Rolex dan Seni Baca lebih lanjut