Kejohanan Wimbledon
Rolex dan Tenis
Pusat bagi permainan asli
Tradisi dan kecemerlangan
Kejohanan Wimbledon masih dimainkan di gelanggang rumput – dipotong tepat sehingga 8 mm – sama seperti ketika kejohanan ini dirasmikan hampir satu setengah abad yang lalu pada tahun 1877. Pada tahun 2022, Wimbledon meraikan ulang tahun ke-100 Centre Court di tempat semasanya di jalan Church Road. Gelanggang ini kini mempunyai jumlah tempat duduk sebanyak 15,000.
Walaupun sentiasa berubah, peraturan Wimbledon kekal penuh dengan tradisi, menyerlahkan keinginan penganjur untuk mengekalkan piawai etika tertinggi. Bukti kepada ini ialah peraturan bahawa pakaian pemain mestilah berwarna putih. Dengan permukaan permainan yang luar biasa, rasa hormat untuk tradisi dan kisah silam yang terkenal yang dihiasi tokoh-tokoh ulung yang mencipta nama di gelanggang All England Lawn Tennis & Croquet Club, Wimbledon ialah pusat bagi sukan tenis.
Pertarungan epik di sebuah Taman Inggeris
Perlawanan akhir Wimbledon memegang kedudukan yang dihormati dalam sejarah tenis. Sama seperti para pemenang, kita mengenangkan detik-detik mengujakan yang meningkatkan nilai-nilai sukan ke tahap tertinggi di Centre Court. Kita mengenang kembali pertembungan epik antara Rod Laver dan John Newcombe, Björn Borg dan John McEnroe, Chris Evert dan Martina Navrátilová, Roger Federer dan Rafael Nadal, serta ramai lagi. Selama beberapa dekad, pertempuran ini telah mencatat legenda Wimbledon, dan Rolex telah menyaksikan semuanya dari kedudukan di barisan hadapan.

Mereka menaklukkan Wimbledon
Rolex dan tenis bersatu semasa sukan tenis menjadi global

Wimbledon 1978
sebuah peristiwa penting yang menandakan masa depan
Meneruskan usaha untuk kecemerlangan, Rolex bersatu dengan Kejohanan Wimbledon pada tahun 1978 ketika tenis mencapai kemuncak baharu dalam prestasi sukan.
Akhir 1970-an menandakan permulaan zaman keemasan tenis profesional. Daya tarikan pertandingan-pertandingan utama memuncak, lalu sukan ini mencapai jangkauan global dan bintang-bintang terkemuka mula menawan hati penonton di seluruh dunia. Pada tahun 1978, Wimbledon menentukan suasana bagi sukan ini untuk beberapa dekad yang akan datang.
Tempat bermulanya permainan tenis, di mana legenda-legenda tercatat
Rolex bergabung tenaga dengan sukan ini pada acara tenisnya yang paling ikonik, acara yang menarik pengikut global terbesar – satu tindakan yang sangat besar pengaruhnya yang menandakan kekuatan komitmen Rolex. Di barat daya London, All England Lawn Tennis & Croquet Club menjadi tuan rumah kepada Wimbledon. Kejohanan tenis tertua di dunia telah menjadi tempat bermulanya sukan ini dan pusat bagi tenis bergelanggangkan rumput sejak acara sulungnya pada tahun 1877.
Wimbledon bukan sahaja tempat bermulanya permainan tenis tetapi juga tempat di mana sejarah telah ditulis tahun demi tahun selama hampir satu setengah abad. Rolex dengan bangganya telah menyokong pusat kecemerlangan sukan ini selama lebih daripada 40 tahun.