Juara Grand Slam® yang baru

Rolex mengucapkan tahniah kepada Dominic Thiem atas kemenangan pertama beliau di Terbuka AS 2020, satu babak baru yang menarik dalam perjalanan beliau.

Terbuka AS yang pertama, menandakan bermulanya era profesional yang telah dimenangi pada tahun 1968 oleh Arthur Ashe di mana sebuah stadium utama di Pusat Tenis Nasional Billie Jean King (USTA) di Kota New York dinamakan sempena nama beliau.

Rolex merupakan Penjaga Masa Rasmi acara ini sebagai sebahagian daripada gabungan bersama dengan USTA dan yang berkaitan dengan mereka, sokongan jangka panjang untuk sukan tenis. Sejumlah Testimoni Rolex sekali lagi akan merebut piala penghormatan di kejohanan Grand Slam® berprestij, salah satu kejuaraan tenis tertua di dunia, bertapak sejak 1881.

Roger Federer

Roger Federer telah memenangi satu penetapan rekod 20 Grand Slam® gelaran perseorangan lelaki semasa kerjaya beliau yang cemerlang, termasuk lima kali secara berturut-turut di terbuka AS. Diantara tahun 2004 hingga 2008, pemain mahir dari Switzerland ini cemerlang di Pusat Tenis Kebangsaan Billi Jean King USTA, di mana beliau turut menjadi naib juara di dua kejohanan yang lain. Gaya yang elegan dan ketepatan teknikal Federer telah menyinari dunia tenis selama lebih dua dekad, terutama sekali di Flushing Meadows.

Terbuka AS Roger Federer

CHRIS EVERT

Apabila Chris Evert bersara setelah memperoleh kegemilangan kerjaya profesional yang berlangsung selama 17 tahun, beliau telah memenangi 18 gelaran dalam perseorangan wanita Grand Slam®, termasuk enam kali di Terbuka AS. Rakyat Amerika ini adalah lambang kelembutan di bawah tekanan tetapi gaya beliau yang bersahaja, menyembunyikan sebuah keazaman yang tinggi. Pada tahun 1995, beliau telah disenaraikan ke dalam Dewan Kemasyhuran Tenis Antarabangsa.

Terbuka AS Chris Evert

Sloane Stephens

Sloane Stephens, pemenang Terbuka AS piala perseorangan wanita 2017, telah membentuk satu reputasi untuk kekuatan mental dan ketahanan. Beliau memasuki kejohanan pada tahun tersebut sebagai pemain di kedudukan ke-83 dunia tetapi selepas mengalahkan beberapa pemain pilihan, beliau memenangi perlawanan akhir tersebut secara set terus. Berasal dari California yang juga merupakan peserta pusingan akhir Roland-Garros 2018, diminati kerana keupayaan beliau untuk mengatasi halangan, fokus kepada tugasan di tangan dan seterusnya bangkit untuk menghadapi acara tersebut.

Terbuka AS Bianca Andreescu

Datejust 41

Datejust, terima kasih kepada estetika dan fungsinya, menjangkaui perubahan fesyen. Inovatif namun sentiasa elegan, ia merupakan jam tangan kronometer kalis air automatik pertama di mana dail memaparkan tarikh di tingkap pada jam 3. Seperti juara-juara Terbuka AS, jam tangan ini merentasi beberapa zaman sambil mengekalkan kualiti tradisional yang menjadikan ia satu jam tangan yang paling dikenali di dunia.

Terbuka AS Datejust 41

Kongsi halaman ini