Sejarah penajaan Rolex adalah tentang kisah mengejar kecemerlangan yang berterusan, ia menguatkan setiap aspek kepentingan pada jenama, dari pembuatan jam tangan hingga nama terhebat dalam sukan, penerokaan dan seni.

Awal abad ke-20 merupakan satu era penerokaan dan cabaran pada sukan. Dalam dunia pembuatan jam tangan, pengasas Rolex Hans Wilsdorf, terdorong untuk menolak batasan yang mungkin, berusaha untuk menggantikan jam tangan saku tradisional dengan salah satu inovasi tertinggi pada zaman beliau – jam tangan yang dipakai di pergelangan tangan, tahan terhadap habuk dan air.

Visi beliau menjadi kenyataan pada tahun 1926 dengan pelancaran Rolex Oyster, jam tangan kalis air pertama. Bagi tujuan promosi, beliau menjemput Mercedes Gleitze – seorang jurutaip muda dari Brighton dan wanita British pertama untuk berenang di Selat Inggeris – memakai Rolex Oyster semasa penyeberangan, yang terjadi pada tahun berikutnya. Selepas tamat merenangi, selepas lebih daripada 10 jam di air yang sejuk, jam tangan itu masih berfungsi dengan sempurna. Dengan pencapaian bersejarah ini, Gleitze menjadi Rolex Testimoni yang pertama.

Mercedes Gleitze

Pada masa ini, peneroka meminta Wilsdorf untuk melengkapkan ekspedisi mereka dengan jam tangan Rolex dan beliau menyedari dunia boleh menjadi “makmal hidup” untuk jam tangan. Peneroka dan juara sukan memberikan maklum balas tentang jam tangan Rolex, membolehkan beliau untuk meningkatkan kebolehpercayaan mereka.

Wilsdorf tidak mahu menikmati hasil kemenangan daripada wira-wira, bahkan beliau mahu mewujudkan perkongsian yang bermakna dan memberi sokongan jangka panjang. Hubungan yang terhasil telah dibina berdasarkan prinsip yang kukuh, visi yang dikongsi bersama dan saling menghormati – ini adalah penajaan, cara Rolex.

Pada tahun 1930, jenama dikaitkan dengan sukan motor yang bermula dengan Sir Malcolm Campbell. Antara 1924 dan 1935, “Raja kelajuan” menetapkan Rekod Kepantasan Darat Dunia sebanyak sembilan kali, termasuk memecahkan halangan 300 bsj (483 km/jam).

Sir Malcolm Campbell

Dari 1930-an, pendaki gunung bergantung pada jam tangan Rolex ketika ekspedisi mereka ke Gunung Everest, di mana suhu yang melampau dan ketinggian menyediakan ujian persekitaran yang sempurna untuk pembuat jam tangan Swiss. Ekspedisi 1953 yang dipimpin oleh Sir John Hunt telah dilengkapi dengan jam tangan Rolex Oyster dan pada 29 Mei, dua daripada pasukan itu – Sir Edmund Hillary dan Tenzing Norgay – berjaya menjadi pendaki yang pertama menawan Everest. Rolex Oyster Perpetual Explorer telah dilancarkan pada tahun itu bagi meraikan pencapaian bersejarah.

Penerokaan Gunung

Apabila perkongsian dengan Testimoni dan institusi berjaya – dan dalam menentukan peristiwa yang disokong oleh jenama ini – Rolex sentiasa mencipta satu titik kebanggaan untuk mengaitkan dengan individu dan entiti yang berkongsi nilai yang sama.

Rolex sentiasa merupakan satu simbol kecemerlangan. Jenama ini dikenali kerana komitmen berterusan untuk menjangkaui apa yang dianggap mungkin, memastikan kesinambungan kepakaran dan pengetahuan serta pelaburan dalam pembangunan bagi generasi akan datang.

Prinsip panduan ini menjadi keutamaan di tahun 1957, apabila Rolex merasmikan hubungan dengan ekuestrian. Penunggang petunjukkan kuda British Pat Smythe menjadi Testimoni dan nama menjadi sebutan ramai, membuktikan lebih dari sekadar perlawanan bagi penunggang lelaki. Sejak itu, jenama ini telah berusaha untuk mengembangkan kecemerlangan dan pencapaian yang tinggi dengan menghasilkan perkongsian bersama penunggang dan pertandingan yang terbaik dalam pertunjukan lompat kuda, dressage dan eventing. Komitmen kecemerlangan ini telah mendorong jenama untuk menjadi penaja pengasas kepada Pertunjukan Lompat Kuda Grand Slam Rolex yang terdiri daripada empat Kejohanan.

Iklan Testimoni

Pada 1958, Rolex berjaya menjalinkan hubungan dengan lumba layar, bermula dengan Kelab Kapal Layar New York. Sejak itu, jenama telah mengukuhkan hubungan ini, menyokong kelab yang paling berpengaruh dan pelbagai perlumbaan utama di seluruh dunia.

Rolex dan pelayaran kapal layar

Membina perkongsian dengan Sir Malcolm Campbell di tahun 1959, Rolex memperbaharui salah satu persatuan sukan terawalnya dengan kerjasama Daytona International Speedway®, tuan rumah bagi pertandingan ikonik yang kini dikenali sebagai Rolex 24 At DAYTONA. Pada tahun 1963, Rolex memberi nama model terkini Cosmograph Daytona sebagai lambang hubungan dengan litar perlumbaan terkenal di Amerika Syarikat. Dikenali hanya sebagai “Daytona”, jam tangan melambangkan sejarah yang menandakan keghairahan untuk kelajuan dan sukan permotoran serta telah mencapai satu tahap ikon sebagai salah satu kronograf yang paling dikenali di dunia.

Pantai Daytona

Jauh dari darat, manusia dan mesin mendorong diri mereka ke ketinggian baharu – atau, dalam hal ini, kedalaman – pada 23 Januari 1960, ketika Leftenan Don Walsh dari Tentera Laut AS dan ahli oseanografi Switzerland Jacques Piccard menavigasi batiskaf Trieste ke jurang Mariana, lautan titik paling dalam yang mencapai dasar laut pada ketinggian 10,916 meter (35,800 kaki). Pada kedalaman ini, air memberikan tekanan yang sangat besar ke atas kapal dan pada jam tangan percubaan Rolex, Deep Sea Special yang diikat pada badan. Trieste kemudian timbul setelah hampir sembilan jam bersama dengan jam yang dalam keadaan baik.

Trieste

Usaha pencapaian kecemerlangan jenama ini adalah hubungan manifestasi yang kukuh bersama dengan Golf, kerjasama antara Rolex dan Arnold Palmer pada tahun 1967. Palmer dan dua pesaing yang hebat dan juga merupakan rakan beliau, Jack Nicklaus dan Gary Player – The Big Three – terkenal dalam golf di seluruh dunia. Disebabkan oleh perkongsian penting bersama dengan tiga pemain hebat Golf, hubungan antara Rolex dan Golf telah berkembang maju sehingga pencapaian global.

The big three

Jenama ini menyokong acara lelaki dan wanita di semua peringkat; dari pemain lagenda seperti Tiger Woods dan Annika Sörenstam hingga kepada pemain golf junior dan amatur. Hari ini, Rolex menaja banyak kejohanan berprestij dan ia sebahagian daripada struktur permainan purba ini. Hubungan antara jenama dan sukan bermaksud kualiti, keanggunan, kebolehpercayaan dan semangat perintis.

Perkongsian golf

Pada tahun 1968, satu lagi juara sukan menjadi testimoni – pemandu perlumbaan Sir Jackie Stewart, yang memenangi tiga Kejohanan Dunia FIA Formula satu™. Rolex kekal juara Formula Satu sebagai Rakan Kongsi Global dan Jam tangan Rasmi dan juga berkhidmat sebagai Penaja Gelaran bagi perlumbaan Grand Prix terpilih. Pertandingan ketahanan dan kemahiran adalah gabungan yang sempurna dengan jam tangan ikonik.

Sir Jackie Stewart

Pada akhir tahun 1970-an, Rolex mengembangkan sokongan kepada pemain tenis dan acara terbaik, menandakan permulaan padanan sempurna untuk prinsip jenama Swiss. Jam Rolex telah menetapkan masa rasmi di kejohanan Wimbledon sejak 1978, tahun di mana Chris Evert menjadi Testimoni tenis wanita pertama. Jenama ini kini menaja keempat-empat acara Grand Slam® serta pertandingan pasukan terulung, Piala Davis dan Piala Laver serta kejohanan elit lain. Tedapat banyak nama Testimoni tenis Rolex terpahat pada piala idaman ini, termasuk juara Wimbledon lima kali Björn Borg dan salah satu pemain hebat sepanjang masa, Rod Laver. Begitu juga juara Switzerland, Roger Federer, yang menjadi pemain pertama memenangi 20 Grand Slam® gelaran perseorangan lelaki.

Rolex dan Tenis
  • Kejuaraan, Wimbledon
  •  Terbuka Australia
  • Roland-Garros
  •  Terbuka AS

Setelah sokongan selama setengah abad untuk penjelajah dan atlet, Rolex meluaskan komitmen untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang prestasi yang lain. Pada tahun 1976, soprano terkenal Dame Kiri Te Kanawa menjadi Rolex Testimoni pertama dalam bidang seni, beberapa tahun kemudian disertai oleh tenor Sepanyol Plácido Domingo.

Dame Kiri

Tidak lama kemudian, wujudnya nama-nama opera yang lain, termasuk penyanyi mezzo-soprano Cecilia Bartoli, bariton-bes Sir Bryn Terfel dan penyanyi soprano Sonya Yoncheva. Gustavo Dudamel, konduktor dan pengarah muzik dari Orkestra Filharmonik Los Angeles, dan pemain piano Yuja Wang adalah Testimoni dari dunia muzik klasik, pada masa sama perkongsian dengan artis muzik popular seperti Michael Bublé juga telah terhasil.

Michael Bublé

Perikatan antara Rolex dan seni kini menjadi ciri penting pada landskap budaya global. Jenama ini bekerjasama dengan institusi berprestij, termasuk rumah opera terkemuka seperti Teatro alla Scala, Rumah Opera Diraja dan Met. Tajaan seni ini kini diperluaskan kepada seni bina, festival muzik dan Orkestra Filharmonik Vienna.

La Scalla

Pada tahun 2017, bekerjasama dengan Akademi Seni Gambar Bergerak dan Sains, Rolex telah menjadi Penaja Bangga untuk Oscars®, dan juga Penyokong Pengasas Akademi Muzium Gambar Bergerak baharu di Los Angeles. Hubungan kami yang telah lama terjalin dengan dunia pawagam termasuk hubungan dengan pemenang pengarah Oscar James Cameron dan Martin Scorsese yang cemerlang dalam penceritaan dan bimbingan mereka memberi inspirasi kepada pembuat filem generasi seterusnya.

Rolex dan Pawagam

Dalam semua aktiviti penajaan, Rolex menyokong pemindahan pengetahuan dan kepakaran dari satu era ke era seterusnya. Inisiatif Seni Mentor dan Anak didik memberi para seniman baru masa untuk belajar, mencipta dan berkembang. Ditubuhkan pada tahun 2002, ia berdasarkan pada kepercayaan bahawa seni adalah kesinambungan, pengalaman yang dikumpul dari terdahulu dan semua artis terinspirasi oleh mereka yang pernah melaluinya.

RMP

Melalui Anugerah Rolex untuk perusahaan, bimbingan kepada generasi akan datang juga mungkin dilakukan untuk penjelajah dan saintis alam sekitar. Ditubuhkan pada tahun 1976 oleh Pengerusi Rolex, André J. Heiniger, untuk memperingati ulang tahun ke-50 Rolex Oyster – jam tangan kalis air pertama di dunia – Anugerah Rolex merupakan perayaan sekali sahaja. Namun, mereka menarik minat antarabangsa sehingga Heiniger dan Rolex mengubahnya menjadi program yang berterusan. Selama bertahun-tahun, ia telah menyokong 150 pemenang yang berusaha memberikan sumbangan besar di seluruh dunia untuk meningkatkan kehidupan dan melindungi planet kita. Mereka melambangkan kesungguhan syarikat untuk menyumbang kepada seluruh dunia.

RAE

Sementara Testimoni paling awal adalah lelaki dan wanita yang menentang unsur-unsur penjelajahan murni, dalam beberapa dekad kebelakangan ini, Rolex beralih kepada penjelajah yang secara aktif mengekalkan dunia semula jadi kita.

Rolex menyokong aktiviti saintifik yang melindungi kawasan planet yang tersembunyi di bawah gelombang. Ahli oseanografi lagenda Sylvia Earle, Testimoni yang suda lama, mempunyai pengetahuan tentang ancaman yang dihadapi lautan. Mempunyai karier bawah air selama lebih dari 50 tahun, beliau telah bekerja tanpa lelah untuk mendidik dunia dan memulihara persekitaran ini. Pada tahun 2014, Rolex mengumumkan sokongan kepada beliau terhadap inisiatif Misi Biru yang bertujuan melindungi kawasan laut.

Rolex dan Pawagam

Komitmen Rolex tidak berbelah bahagi untuk masa depan planet kita melampaui tajaan tradisional. Usaha ini adalah deklarasi harapan bahawa warisan yang sama akan terpelihara secara turun temurun. Selama lebih dari 90 tahun, penajaan Rolex telah berkembang dan merangkumi pelbagai bakat yang luar biasa dari pelbagai disiplin ilmu, acara dan organisasi yang berkaitan dengannya.

RAE

Mereka semua berusaha untuk menolak sempadan dalam bidang pilihan mereka, memenuhi prinsip bapa pengasas Rolex, Hans Wilsdorf, yang menyatakan: “Tugas kami belum selesai, kami berniat untuk meningkatkan usaha kami. Tetapi apa yang telah dicapai pada masa lalu telah memperkuatkan kepercayaan saya di masa depan.”

Rolex teguh pada masa yang tidak pernah berlaku sebelum ini

Pada tahun 2020, Rolex berdiri bersama rakan kongsinya merentasi sukan, eksplorasi dan seni, ketika mereka berusaha untuk mengatasi keadaan tahun yang mencabar.

Dalam dunia sukan, jenama ini menyokong Testimoni yang berusaha mengekalkan jadual persaingan mereka dan pada masa yang sama membantu organisasi yang merangka cara inovatif untuk acara pentas di samping juga memastikan kesejahteraan peserta serta menjaga hubungan dengan peminat kerana mereka telah mengikuti tindakan tersebut dari rumah.

Menyelam dengan ikan yu paus
  • 24 Jam Le Mans
  • Perlumbaan Laut Tengah Rolex
  • Roland-Garros
  • Terbuka Scotland Pelaburan Standard Aberdeen

Sokongan ini juga terbukti dalam perkongsian yang lain

Apabila pemuzik dan penyanyi tidak lagi dapat membuat persembahan di teater, jenama ini telah melancarkan inisiatif “Muzik Kekal” yang menawarkan mereka peluang untuk mengambil bahagian dalam siri konsert yang tidak dapat dilupakan yang disiarkan secara langsung melalui medici.tv

Walaupun dunia menghadapi keadaan yang sukar, komitmen berpanjangan Rolex untuk melindungi planet ini tidak pernah diketepikan pada tahun 2020. Jenama ini berazam dalam sokongan berterusan kepada rakan kongsinya – individu-individu dan organisasi-organisasi yang bekerja keras untuk mengekalkan alam semula jadi – kerana ia membantu mereka menggerakkan projek mereka ke hadapan.

Rolex dan muzik

Kongsi halaman ini