Sejarah hubungan erat antara Rolex dengan perlumbaan kereta berkelajuan tinggi bermula sejak tahun 1930-an.

Keghairahan terhadap prestasi dan ketepatan mendorong Rolex menjadi rakan kongsi peneraju siri sukan permotoran, Formula 1®, serta acara ketahanan dan klasik ikonik yang lain yang kaya dengan tradisi.

SATU PERKONGSIAN GLOBAL DENGAN FORMULA 1®

Pada awal 2013, Rolex menjadi Rakan kongsi Global dan Jam tangan Rasmi Formula 1®, puncak kegemilangan bagi sukan permotoran. Seperti juga Rolex, Formula 1® berada di serata dunia, dengan perlumbaan yang merentasi lima benua…

Satu perkongsian global dengan Formula 1®

FORMULA 1 GRAND PRIX DE MONACO

FORMULA 1 GRAND PRIX DE MONACO dianggap sebagai satu daripada perlumbaan terbesar dan acara terunggul dalam litar Formula 1®. Ia memerlukan gabungan pemanduan ketepatan dan kecemerlangan teknikal serta menjadi perlumbaan tetap sejak tahun 1955. Kemenangan di Monaco bakal meletakkan nama pemandu bersama senarai nama-nama besar perlumbaan sepanjang zaman. Antaranya ialah Testimoni Rolex Sir Jackie Stewart, tiga kali Juara Pemandu Dunia Formula Satu FIA dan tiga kali kejuaraan litar jalan Monte-Carlo 260,286 km.

F1 Grand Prix de Monaco

KEJOHANAN KETAHANAN DUNIA FIA

Setiap tahun, Kejohanan Ketahanan Dunia FIA (WEC) mendorong pemandu dan jentera ke tahap maksimum mereka semasa perlumbaan kelajuan tinggi yang diadakan di seluruh dunia. Siri yang menguja ini menarik minat pemandu terhandal yang disokong oleh teknologi inovatif daripada para pengeluar terkemuka.

Kejohanan Ketahanan Dunia FIA (WEC)

24 Jam Le Mans

Enjin berderum dan jalan raya kian samar. Rahang diketap erat. Kemudian bertenang. Tumpuan masih berada pada tahap tertinggi. Terikat dengan tali pinggang keledar, namun keberanian membara di dalam dada. Siang malam silih berganti, menduga jiwa dan raga. Segala cabaran ditempuhi dengan hati yang kental. Bertahan.

24 hours of Le Mans

ROLEX 24 AT DAYTONA®

Sebaik sahaja bendera hijau dikibarkan, aksi yang mendebarkan bakal bermula. Dalam tempoh 24 jam yang amat mencabar, pemandu harus bertahan dalam mengharungi perlumbaan, selekoh berbahaya dan trek yang hanya diterangi 20% cahaya pada waktu malam. Seandainya ketahanan jiwa tidak mampu membendung keletihan mental dan fizikal walau untuk sesaat, peluang untuk meraih kemenangan musnah sepantas pecutan pihak lawan. Namun, pemandu yang tetap cekal dan yakin dalam menghadapi bahaya akan mara lebih jauh berbanding sebelumnya.

ROLEX 24 DI DAYTONA
  • Sir Jackie Stewart
  • Mark Webber
  • Tom Kristensen

GOODWOOD REVIVAL

Goodwood Revival ialah pertemuan perlumbaan bersejarah yang paling ditunggu-tunggu di dunia. Ia merupakan penciptaan semula zaman keemasan perlumbaan kereta, di mana pemandu terhandal dari seluruh dunia bersaing dalam latar tempat yang benar-benar menyerupai era tersebut. Di sini, kereta terpantas dan jentera terbang pada era itu membawa anda menelusuri kembali hari-hari menakjubkan yang mencetuskan inspirasi kepada generasi moden sukan permotoran.

Goodwood Revival

Pebble Beach Concours d'Elegance®

Sejak 1997, Rolex telah terlibat dalam Pebble Beach Concours d’Elegance®, sebuah perayaan kecantikan automatif dan pembaikpulihan yang teliti dimana setiap Ogos, ia mengubah semenanjung Monterey di California menjadi pusat utama kecemerlangan motokar vintaj.

Pebble Beach Tour d’Elegance® yang dibawakan oleh Rolex adalah satu pemacu yang mengagumkan di mana kereta klasik memaparkan kecantikan dan keanggunan mereka dalam gerakan. Jenama kami telah menjadi rakan kongsi acara ini sejak 2007. 

Pada tempoh masa ini, kami juga bekerjasama dengan Rolex Monterey Motorsports Reunion, sambutan empat hari perlumbaan kereta bersejarah dan Quail, Satu Perhimpunan Perlumbaan Motor, jamuan laman eksklusif.

Minggu Kereta Klasik Monterey

Kongsi halaman ini