Piala Ryder

Dunia Rolex

Piala Ryder menampilkan pemain golf terbaik dari kedua-dua belah Atlantik.

Diketuai oleh kapten-kapten berpengalaman yang meletakkan semangat berpasukan di atas segalanya, kumpulan 12 pemain dari Eropah dan Amerika Syarikat bersaing selama tiga hari untuk merebut Piala Samuel Ryder yang didambakan. Pertandingan unik ini menghormati kolektif, dengan beberapa juara terbaik dalam perlawanan menyalurkan bakat khas mereka demi pencapaian kumpulan yang lebih ulung.

Trofi

Negara manakah yang paling handal dalam sukan golf? Itulah persoalan yang mencetuskan pertandingan persahabatan antara pemain golf British dan Amerika hampir satu abad yang lalu. Ahli perniagaan Samuel Ryder yang hadir pada hari itu begitu tertarik dengan acara tersebut lalu memutuskan untuk menyumbangkan trofi bagi perlawanan berkala. Pada tahun 1927, dua pasukan ini bertemu semula di Massachusetts untuk pertandingan sulung. Selebihnya adalah sejarah. Salah satu hadiah yang paling didambakan bagi sukan golf, Piala Ryder menyemadikan nilai-nilai tradisional kecemerlangan dan permainan adil yang menjadi inti pati sukan ini.

SEMANGAT BERPASUKAN

Di Piala Ryder, juara handalan dari Eropah dan Amerika Syarikat bersaing demi kegemilangan pasukan, sanjungan dan mencetak sejarah. Kecemerlangan individu sahaja tidak dapat menjamin kejayaan maka pemain-pemain menggembleng kemahiran mereka untuk menentukan negara Atlantik manakah yang bergelar juara dalam perlawanan golf keramat ini yang dianjurkan setiap dua tahun.

Semangat Berpasukan

ACARA LUAR BIASA YANG TIADA TOLOK BANDINGNYA

Dengan orang ramai memenuhi granstan, kehebohan, antisipasi dan kegelisahan, tee pertama di Piala Ryder adalah pentas tidak seperti yang lain dalam sukan antarabangsa. Setiap edisi acara pasukan paling menarik di golf menarik ratusan ribu penonton di padang dan jutaan penonton televisyen seantero dunia. Dimainkan selama tiga hari, persaingan sentiasa sengit, lantas meningkatkan keterujaan pemain dan juga peminat sejurus selepas acara bermula.

ACARA LUAR BIASA YANG TIADA TOLOK BANDINGNYA

Day-Date 40

Hanya boleh didapati dalam bentuk emas 18 karat atau platinum, Oyster Perpetual Day-Date menyemarakkan prestij dan kecemerlangan Rolex. Pada pelancarannya pada tahun 1956, ia merupakan jam tangan kalendar pertama yang memaparkan hari pada minggu itu – dieja penuh pada tetingkap dail – sebagai tambahan untuk tarikh. Dengan lambang rantai Presidennya, Day-Date terus menjadi jam tangan standard kecemerlangan bagi tokoh-tokoh terkemuka. Sama seperti pemain golf elit yang bersaing di Piala Ryder, jam tangan ini sememangnya peneraju dalam bidang ini

Day-Date 40 Piala Ryder

Kongsi halaman ini