Rolex dan
Terbuka

Dunia Rolex

)

Major asal sukan golf, iaitu Terbuka dipentaskan secara bergilir-gilir di padang pautan yang mencabar di arena semula jadi di England, Scotland dan Ireland Utara.

Untuk memenangi kejohanan ini, anda bukan sahaja cuba mengatasi kegemilangan sejarah, malah kuasa alam dalam bentuk padang pautan yang mencabar dan keadaan cuaca yang tidak dapat diramal. Menjulang Claret Jug yang ikonik telah menjadi pencapaian manis bagi beberapa pemain terhebat, termasuk Testimoni Rolex Tom Watson, Gary Player, Tiger Woods dan Phil Mickelson.

  • Kejohanan
    Terbuka

    Rolex dan Golf

  • Phil Mickelson
    Memenangi Terbuka di Muirfield pada 2013 merupakan pencapaian kerjaya terbaik buat Phil Mickelson, boleh dikatakan pemain golf kidal paling berjaya yang membolot lebih daripada 50 gelaran profesional termasuk enam Major.

  • Jon Rahm
    Jon Rahm mengungguli Terbuka AS 2021 di Torrey Pines apabila memenangi Major pertamanya, iaitu peristiwa penting terkini dalam kerjayanya yang kian berkembang. Sejak bergelar profesional pada 2016, pemain Sepanyol ini meraih kejayaan di kedua-dua belah Atlantik.

  • Jordan Spieth
    Dengan kemenangan pada 2017 di Royal Birkdale dan dua penamat 10 teratas yang lain, Jordan Spieth mempunyai rentetan kejuaraan yang terbukti untuk berjaya di Terbuka. Warga Amerika itu tergolong dalam sebuah kelab yang sangat eksklusif sebagai seorang daripada hanya dua pemain yang memenangi tiga daripada empat Major golf lelaki sebelum ulang tahunnya yang ke-24. 

  • Justin Thomas
    Pemenang Kejohanan PGA 2017, Justin Thomas sememangnya pemain yang mesti diperhatikan di acara Major. Kemenangan di Kejohanan PEMAIN pada 2021 menjadikan beliau pemain keempat yang mencatat 14 kemenangan PGA TOUR® sebelum ulang tahunnya yang ke-28.

  • Tom Watson
    Dalam sejarah Terbuka, beberapa pemain golf memperoleh kejayaan yang sama seperti pemain Amerika Tom Watson, yang memegang Claret Jug sebanyak lima kali antara tahun 1975 dan 1983.

Day-Date 40

Hanya boleh didapati dalam bentuk emas 18 karat atau platinum, ia merupakan jam tangan pertama yang memaparkan tarikh dan hari pada minggu itu dan dieja penuh pada tingkap dail. Ketepatan, keutuhan, mudah dibaca dan penampilan yang luar biasa telah menjadikannya lambang prestij jam tangan terunggul. Dengan rantai President yang dicipta khas, jam tangan Day-Date terus menjadi kayu ukur kecemerlangan bagi orang-orang yang berpengaruh. Sama seperti pemain golf elit yang bersaing di Terbuka, mereka sememangnya peneraju dalam bidang mereka.

Terbuka Day-Date 40

Kongsi halaman ini