Pemain piano Cina klasik Yundi telah menunjukkan bakat muzik yang luar biasa sebelum mempelajari piano pada usia tujuh tahun. Sebagai pelajar, beliau telah memenangi banyak pertandingan piano berprestij antarabangsa, kemuncak kemenangannya apabila dinobatkan sebagai pemain piano termuda yang pernah memenangi Pertandingan Piano Antarabangsa Frédéric Chopin pada tahun 2000, ketika baru berusia 18 tahun. Jam tangan Rolex Daytona merupakan hadiah pada diri sendiri untuk pencapaiannya, dimana dia beri penghargaan kepada ibubapanya, yang telah membenarkan dia menyerlahkan potensinya. Sebagai balasan dia telah menjumpai hadiah yang sempurna untuk ayahnya, untuk memastikan mereka sentiasa mempunyai hubungan tidak mengira jarak: seutas jam Rolex.

Kebanyakan keluarga cina, ibubapa mempunyai harapan yang sangat tinggi untuk anak-anak mereka. Tetapi ibubapa saya agak berbeza. Mereka telah memberikan saya kebebasan untuk saya melakukan apa saja yang saya mahu. Mereka sangatlah berfikiran terbuka dan bertolak ansur. Saya rasa ciri-ciri itulah yang memberikan kesan yang besar kepada saya dalam mengejar cita-cita saya dalam muzik dan seni. Saya berterima kasih kepada ibubapa saya kerana saya dapat menyerlahkan keseluruhan potensi yang saya ada.

Kerjaya muzik saya bermula apabila saya memenangi pertandingan piano antarabangan Chopin semasa saya berumur 18 tahun. Selama 15 tahun, tiada seorang pun pernah dianugerahkan dengan pingat emas dan saya satu-satunya orang dari China untuk memenanginya. Memenangi tidak pernah ada dalam senarai saya, jadi apabila saya berjaya melakukannya, saya terkejut dan orang pertama yang saya beritahu adalah ibubapa saya.

Selepas memenangi hadiah tersebut, saya berfikir untuk menghadiahkan diri saya sendiri dengan satu hadiah yang istimewa. Masa adalah amat penting bagi saya pada masa itu, jadi saya ingin mencari sebuah jam tangan yang akan sentiasa bersama saya. Di mata saya, Rolex sentiasa menjadi lambang kualiti yang baik, tepat dan mengejar kesempurnaan. Oleh kerana ia sama dengan nilai-nilai saya dan pencapaian muzik saya, saya memutuskan untuk membeli sendiri Rolex Daytona. Ia adalah satu jam tangan yang saya benar-benar mahukan pada ketika itu. Jadi saya melakukan yang terbaik, seperti yang saya lakukan demi mengejar impian muzik saya, untuk mendapatkannya.

Memenangi tidak pernah ada dalam senarai saya, jadi apabila saya berjaya melakukannya, saya terkejut dan orang pertama yang saya beritahu adalah ibubapa saya.

Jam tangan ini ada bersama saya dalam setiap detik yang penting, termasuklah persembahan saya di Carnegie Hall, New York, dan di Royal Festival Hall di London dan juga semasa saya membuat lawatan persembahan di Jepun. Saya rasakan ia lebih bermakna kepada saya kerana ia dapat menyaksikan semua detik-detik tersebut. Ia lebih daripada hanya sebuah jam tangan. Ia telah menyaksikan perkembangan saya, dan telah menghadapi semua cabaran bersama-sama saya. Pada bila-bila masa, sama ada saya gembira atau tidak, ia sentiasa bersama saya. Saya rasakan ia seolah bernyawa.

Ia lebih daripada hanya sebuah jam tangan. Ia telah menyaksikan perkembangan saya, dan telah menghadapi semua cabaran bersama-sama saya.

Saya berfikir untuk menghadiahkan ayah saya hadiah harijadi yang istimewa untuk menghargai semua yang dia telah lakukan untuk saya; saya mahukan dia untuk mempunyai sesuatu yang mengingatkannya tentang saya setiap hari. Sebab itulah saya memberikannya jam tangan Rolex untuk dirinya sendiri, dengan harapan ia akan sentiasa bersamanya sepertimana jam tangan itu telah menemani saya. Sejak itu, kami seolah mempunyai hubungan yang sangat istimewa. Kini saya membuat persembahan di serata dunia dan, di mana saja saya berada, saya rasakan yang kami akan sentiasa berhubung dengan masa dan dengan kedua-dua jam tangan ini.

Kisah yang saya kongsi dengan anda sebenarnya adalah cerita mengenai penghargaan muzik, ibu bapa dan segala-galanya yang dibawa kepada saya oleh masa. Saya akan menghargainya sepanjang hayat saya.

JAM TANGAN YUNDI

Oyster Perpetual Cosmograph Daytona

Kongsi halaman ini