Yuja Wang merupakan seorang pemain piano klasikal, dilahirkan di Beijing pada tahun 1987, dia digalakkan untuk bermain muzik pada usia yang muda lagi oleh ibunya yang merupakan seorang penari dan ayahnya seorang pemain perkusi. Pada umur 15 tahun dia telah memenangi pertandingan Aspen Music Festival’s Concerto dan mula membuat pertunjukkan secara professional kepada pengkritik-pengkritik semasa dia masih menuntut di Institut Curtis di Philadelphia. Ibunya telah menerapkan kepentingan masa, dan kerana itulah, bila dia mendapat peluang, hanya satu hadiah untuk ibunya sebagai balasan.

Saya bermula pada usia yang sangat muda, saya berumur enam tahun dan, setengah tahun selepas itu, saya suda mula membuat persembahan di atas pentas - Ia sangat mentaksubkan, lebih banyak anda berlatih dan mencuba perkara yang berlainan, lebih banyak perkara yang akan anda jumpa - Ia satu proses pembelajaran yang tiada akhirnya, penerokaan dan penemuan.

Muzik membawa makna kepada kehidupan saya, ia menjadi seolah satu parameter mengenai bagaimana saya mengukur kehidupan saya, iaitu dengan pemikiran kreatif yang saya ada setiap hari. Sebagai seorang pemuzik, ia merupakan kerjaya tunggal saya - sebab itulah saya sentiasa membawa jam tangan saya. Saya masih teringat kali pertama ketika saya dipilih menjadi penyanyi di Festival Lucerne, jam tangan saya ada bersama saya. Dan apabila saya menjadi residen artis di kampung halaman saya, Beijing, di Pusat Seni Persembahan Kebangsaan (NCPA), Rolex turut berada di sana - di kesemua mercu tanda dalam kerjaya saya.

Saya masih ingat dengan jelas apabila saya membuka kotak itu, saya berumur 21, semasa Festival Verbier di Switzerland, dan jam tangan anggun berwarna biru gelap sedang melihat saya. Ia bukan hanya seutas jam tangan tetapi apa yang ia mewakili: kecantikan, keanggunan, keghairahan, ketepatan, kesempurnaan - ia sama seperti apa yang saya usahakan dalam muzik klasikal. Seperti kehidupan, ia berterusan. Masa sentiasa berlalu cepat dan ia mengingatkan saya tentang betapa berharganya masa.

Ia bukan hanya seutas jam tangan tetapi apa yang ia mewakili: kecantikan, keanggunan, keghairahan, ketepatan, kesempurnaan - ia sama seperti apa yang saya usahakan dalam muzik klasikal.

Semasa saya kecil, ibu saya selalu berkata bahawa perkara yang paling penting, paling berharga dalam hidup adalah masa, kerana bila ia berlalu, ia tidak akan kembali lagi. Dan ia bukan hanya tentang menjadi produktif tetapi ia tentang menikmati detik-detik; dan kerana itulah saya memberinya seutas jam tangan.

Muzik memberi semangat kepada orang ramai dan saya rasa Rolex ada di sana untuk memberi saya satu matlamat untuk saya capai, ia seolah satu motivasi kepada saya untuk sentiasa berusaha menjadi yang terbaik. Akan selalu ada matlamat yang lebih tinggi dalam kehidupan, dalam apa jua yang saya lakukan, dalam seni dan dalam apa yang dapat kita capai

JAM TANGAN YUJA WANG

Oyster Perpetual Datejust 31

Kongsi halaman ini