Vijay Amritraj telah mengharungi segala rintangan dalam hidupnya. Beliau membesar di India dengan penyakit paru-paru yang serius dan telah menghabiskan sebahagian besar zaman kanak-kanaknya di hospital. Apabila doktor menasihatinya untuk bermain sukan di luar dengan harapan ia akan membantu untuk memperbaiki kesihatannya, dia memilih tenis. Sukan itu bukan sahaja telah memulihkan penyakitnya, ia telah melonjakkan nama beliau ke kemuncak kejayaan sebagai ahli sukan profesional India yang pertama. Pada tahun 1976, pada umur 23 tahun, dia telah memenangi perlawanan Newport Hall of Fame dan telah menerima seutas Rolex. Jam tangan itu muncul untuk bersama menghadapi cabaran yang dihadapi dalam hidupnya dan ketabahannya dalam mengatasi kesukaran. Ia tidak pernah terbuka daripada pergelangan tangannya selama 40 tahun dan sehingga kini masih lagi menjadi harta kegemarannya.

Memegang sebuah raket tenis memberikan saya keyakinan yang sepenuhnya. Ia telah menjadi prop yang sempurna sepanjang hidup saya dan telah memberi saya lebih daripada sekadar kehidupan biasa. Saya dan raket tenis saya mempunyai hubungan yang sangat rapat. Ia telah memberi saya semua benda yang saya tidak pernah impikan untuk mempunyainya. Tetapi, lebih daripada semuanya, ia telah memberikan kesihatan kepada saya. Saya sangat sakit sewaktu masih kecil dan saya banyak menghabiskan masa di hospital. Akhirnya, doktor menasihati ibubapa saya yang saya perlu bermain sukan di luar dengan harapan bahawa aktiviti fizikal akan dapat membantu untuk mengembalikan kesihatan saya.

Di India, negara yang mempunyai penduduk lebih daripada satu bilion, menghabiskan wang hasil penat lelah bekerja untuk latihan profesional tenis bagi seorang budak yang sakit merupakan sesuatu yang kebanyakan orang tidak faham. Tetapi tenis telah mengubah nasib saya dan saya bukan sahaja menjadi satu-satunya pemain tenis profesional dari India, tetapi merupakan satu-satunya pemain sukan profesional dari India. Saya rasakan tenis merupakan pendidikan terbesar yang saya ada. Ia bukan sahaja mengajar saya tentang dunia, tetapi juga mengenai saya sendiri dan apa yang boleh dicapai. Tenis memberi saya lebih daripada apa yang saya pernah minta dan Rolex saya adalah buktinya. Ia membuatkan anda fikir yang tiada apa yang mustahil.

Tenis memberi saya lebih daripada apa yang saya pernah minta dan Rolex saya adalah buktinya.

Pada tahun 1976 saya telah memenangi perlawanan Newport Hall of Fame di Amerika Syarikat dan saya tidak percaya saya diberi jam tangan ini bersama-sama dengan hadiah wang tunai. Dari saat itu, ia tidak pernah terlepas dari pergelangan tangan saya. Ia telah bersama saya melalui segala onak duri dan 40 tahun kemudian ia masih lagi harta milik saya yang paling saya gemari. Di India, anda hanya akan memakai jam tangan seperti ini jika anda rasakan anda telah mencapai sesuatu. Semasa saya memperolehinya pada umur 23 tahun, saya rasakan saya cukup matang untuk memilikinya. Saya rasa saya belum cukup baik untuk memilikinya dan sebab utama saya mula memakainya adalah kerana saya telah memenanginya dan saya amat bangga.

Saya juga amatlah bertuah dalam hidup saya kerana dapat melakukan beberapa perkara yang hebat, salah satunya adalah dilantik sebagai Messenger of Peace oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Kofi Annan, bersama petinju legenda Mohammed Ali, pelakon Michael Douglas, Elie Wiesel, Pemenang Nobel Laureate, dan penyanyi opera Luciano Pavarotti. Saya dapat melihat sendiri perbezaan yang anda dapat lakukan jika anda benar-benar tetapkan fikiran anda untuk melakukannya. Saya mewakili India dalam sukan Olimpik, saya dapat membawa obor Olimpik, dan ia adalah anugerah oleh kerajaan India. Saya rasakan semua perkara ini akan mendorong anda untuk melakukan lebih banyak lagi, untuk dapat melihat dunia yang sebenar. Dan kerana sebab inilah kami memulakan organisasi asas saya agar ia dapat membantu badan-badan amal di India.

Ia tidak pernah terlepas daripada pergelangan tangan saya. Ia telah bersama saya melalui segala onak duri dan 40 tahun kemudian ia masih lagi harta milik saya yang paling saya gemari.

Bagi seseorang yang telah membesar dengan kesihatan yang tidak baik, ia merupakan satu berkat anugerah untuk memakai sesuatu yang saya menangi, yang saya boleh banggakan seumur hidup saya. Sehingga hari ini saya bertanyakan soalan ini sendiri, “Macamana anda boleh jadi lebih bagus? Bolehkah anda balik setiap malam dan beritahu diri anda sendiri, ‘Saya tidak sia-siakan hari ini. Saya cuba sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik - apa maksudnya?” Jadi setiap kali saya melihat jam tangan itu, saya sentiasa berfikir," Saya harap saya layak mendapatkannya."

JAM TANGAN VIJAY AMRITRAJ

Oyster Perpetual Day-Date 36

Kongsi halaman ini