Pelumba sukan cekal Tom Kristensen dilahirkan di sebuah bandar kecil di Denmark dan dibesarkan di stesen gas minyak yang dijalankan oleh seorang pelumba kereta iaitu ayahnya. Permulaan kehidupannya itulah yang telah membuka jalan bagi nasibnya sendiri. Kristensen memulakan kerjayanya sebagai pemandu di Jepun, sebelum mendapat panggilan pada tahun 1997 untuk menyertai perlumbaan ikon 24 Hours of Le Mans empat hari sebelum perlumbaan itu bermula. Dia akhirnya menang, malah memecahkan rekod. Pada tahun 2000, selepas dua tahun yang malang, Kristensen kembali untuk memenangi 24 Hours of Le Mans dan kemudiannya memenangi lima perlumbaan seterusnya, sekaligus mengukir sejarah dalam pemanduan. Dia membeli Rolex Cosmograph Daytona, “jam tangan pelumba”, sebagai satu peringatan untuk hari yang tidak dapat dilupakan.

Seingat saya pertama kali saya melihat kereta berlumba, ketika saya masih lagi di dalam kereta sorong; dan ibu saya sedang menolak saya dan ayah saya sedang berlumba. Apabila saya mula memandu, saya terus ketagih dengan serta merta. Saya masih ingat meter pertama yang saya lakukan dalam go-kart. Kebebasan, keghairahan, fokus…tetapi ia menjadi semua tentang menolak batas had dan bermain dengannya.

Apabila saya pertama kali menyertai perlumbaan 24 Hours of Le Mans pada tahun 1997, saya merasakan banyak tenaga positif, kegelisahan, dan adrenalina. Saya rasakan ia kombinasi yang sempurna. Semasa saya masih kecil, mendengar tentang perlumbaan bukanlah satu impian. Ia sangat jauh daripada stesen gas tempatan yang kecil itu di mana saya mengayuh di dalam sebuah kereta kecil. Namun jika impian itu cukup besar dan jika anda melakukan sesuatu yang anda suka, ia akan berjalan dengan lancar.

Selepas kemenangan saya pada tahun 1997, saya merasai dua tahun kekalahan; pada tahun 1999, saya mendahului perlumbaan yang tidak pernah saya alami di Le Mans - hampir empat pusingan - sehinggalah kereta saya rosak. Ia merupakan kekecewaan terbesar dalam kerjaya saya. Namun ia sangat penting jika apabila anda jatuh, anda bangun semula. Anda boleh memenangi Le Mans sekali, tetapi untuk memenanginya sekali lagi adalah amat penting. Ia membuatkan saya lebih matang. Secara semulajadinya saya seorang yang agak kuat bersaing, tetapi saya tidak pernah lagi merasakan dahaga untuk menang, dan untuk kembali beraksi. Kemenangan pada tahun 2000 amatlah penting bagi saya, dan ia adalah permulaan enam kemenangan yang berturut-turut.

Orang ramai bertanya kepada saya, apa yang terbaik, perjalanan 24-jam itu ataupun memenangi Le Mans? Saya boleh beritahu anda, jika anda tidak menikmati 24 jam itu dan penyediaan keseluruhannya, jika anda tidak menikmati setiap saat, anda tidak akan memenanginya. Saya pasti semua orang yang bekerja dengan saya di Le Mans - rakan sepasukan, mekanik-mekanik, jurutera-jurutera - pelajari bahawa jika anda meletakkan banyak usaha dan tenaga, jika anda gigih, itu positif. Hanya itulah caranya untuk mendapatkan sesuatu kembali.

Kemenangan pada tahun 2000 amatlah penting bagi saya, dan ia adalah permulaan enam kemenangan yang berturut-turut.

Sesetengah perkara mungkin sukar untuk dicapai, tetapi apabila ia berlaku, ia akan menjadi amatlah bermakna dan anda tidak akan mahu melepaskannya. Untuk mendapatkan kemenangan kedua itu, setelah dua tahun gagal, ia perlu diraikan dalam beberapa cara. Saya mahu terus berpegang pada detik itu dan menyimpannya buat selamanya. Saya membuat keputusan untuk memberi ganjaran kepada diri saya sendiri dengan jam tangan pelumba yang terbaik, Rolex Daytona.

Saya berasal dari latar belakang yang sederhana, dan untuk menghabiskan simpanan saya pada Rolex Daytona adalah perkara yang amat besar. Ia satu kejutan yang baik jika dapat memenangi sebuah jam tangan, tetapi membelinya sendiri adalah ganjaran yang sebenar.

Saya mahu terus berpegang pada detik itu dan menyimpannya buat selamanya. Saya membuat keputusan untuk memberi ganjaran kepada diri saya sendiri dengan jam tangan pelumba yang terbaik, Rolex Daytona.

Rolex Daytona saya diukir dengan tahun 2000. Ia meletakkan saya kembali kepada saat perlumbaan dan memberi makna sebenarnya: sebagai petanda untuk prestasi yang hebat, satu persahabatan yang unik, satu detik yang istimewa dalam hidup saya.

JAM TANGAN TOM KRISTENSEN

Oyster Perpetual Cosmograph Daytona

Kongsi halaman ini